​Api dan Cahaya: Bagaimana Pencerahan Telah Mengubah Dunia Kita

RM50.00
10 days
9789838841023
In stock
+

Api dan Cahaya: Bagaimana Pencerahan Telah Mengubah Dunia Kita

Penulis: James Macgregor Burns
Penerbit: IKD
Tahun: 2016
Halaman: 465 m/s

Kenapa kita meneliti karya ini, "Api dan Cahaya"?

Pertama, ia mengajak kita melihat asas-asas idea, gerak sejarah dan sepak terajang politik yang menjadi tapak dunia moden, khususnya abad ke-20 hingga sekarang.

Kedua, ia mengajar kita agar tidak cepat berputus asa dalam meneruskan idealisme; malah idea harus terus digerakkan walau bertembung kepayahan.

Ketiga, kebebasan, keamanan, kemakmuran dan Pencerahan tidak datang mendadak, di atas dulang emas, tetapi bermula dari celah-celah lumpur kehidupan

Keempat, walau idea dan idealisme itu indah pada niat dan retorikanya, ia tidak selalunya dapat diterjemahkan dengan begitu sahaja dalam dunia nyata. Akan ada simpang siur, pertentangan, paradoks dan polemik.

Kelima, zaman yang membiak bersamanya penjajahan dilawan oleh pemuka-pemuka bangsa yang mendukung nilai-nilai dan semangat Pencerahan.

Keenam, idea-idea zaman Pencerahan bukan satu dan dipersetujui bersama tetapi berselerak. Namun ia dibahaskan dan terus dibahaskan.

Ketujuh, idea itu asas perubahan atau "revolusi"!

Kelapan, tiada yang lurus-lurus dan indah-indah dalam arus perjuangan menuntut ruang dan kebebasan. Seperti di Malaysia saat ini, siapa yang yakin terus berjuang. Siapa yang kecewa boleh terus patah hati dan siapa yang sinis boleh terus menyindir.

Dunia akhirnya untuk tokoh yang bersuara, berfikir dan berjuang walau sekecil Thomas Paine orangnya.

SAYA BOLEH JAMIN SEPENUHNYA tiada lagi buku yang paling relevan dengan situasi politik dan budaya kita saat ini kecuali buku ini.

Saya yakin buku ini paling relevan buat mereka yang menolak 1MDB dan regim yang ada, yang mendiskusikan buku serta idea, yang berjuang dalam arus politik.

Buku inilah jawapan, semangat dan harapan kita!

Dan sesiapa yang tidak membacanya akan selalu tertanya-tanya apa sudah jadi pada Malaysia?

Sesiapa yang enggan membaca akan tertanya-tanya kenapa negara kita ini menuju zaman gelapnya, semakin hari semakin gelap.

Jawapannya ada di sini > pada zaman Pencerahan!

Fathi Mat Aris

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama