PRE-ORDER Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)

List price: RM70.00
RM65.00
You save: RM5.00 (7%) Save 7%
10 days
In stock
+

PRE-ORDER Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)

Author: Tom Wright & Bradley Hope

Publisher: ZI Publications

Pages: 436 pp

Date to publish: 25 Nov 2018

Tipu Helah Untuk Mencuri $5 Bilion

Pada tahun 2009, ketika krisis kewangan belum benar-benar pulih, seorang graduan Wharton yang lembut orangnya melakukan penipuan yang amat besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini - yang kemudian melambangkan ancaman yang seterusnya kepada sistem kewangan global. Nama lelaki itu ialah Jho Low, orang yang mempunyai perwatakan yang luar biasa sehingga terasa ia dibuat-buat.

Jika pada zahirnya JhoLow kelihatan pemalu, tetapi sebenarnya dia lelaki mata duitan yang suka bercakap besar dan suka bergaul dengan orang kenamaan. Dia yang baru lulus kolej, berjaya memujuk Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, untuk menubuhkan sebuah dana pelaburan yang dikenali 1MDB. Low yang mengarahkan 1MDB dari belakang tabir, berjaya mendapatkan $10 bilion dengan bantuan Goldman Sachs dan yang lain-lain. Sepanjang setengah dekad yang berikutnya, dia melesapkan berbilion-bilion dolar - yang digunakan untuk membiayai pilihan raya, untuk membeli harta tanah yang mewah, menerbitkan filem-filem Hollywood, antaranya The Wolf of Wall Street, dan mengadakan parti-parti yang berlimpah-ruah dengan champagne di setiap pelosok dunia.

Sifat dermawan Low membuat dia disenangi oleh semua orang, termasuk selebriti seperti Leonardo DiCaprio dan Jamie Foxx, model terkenal seperti Miranda Kerr. Dia juga menjadi penyumbang utama kepada Presiden Obama. Yang anehnya, tidak ada siapa yang sedar apa yang sedang berlaku - baik bank-bank global yang seolah-olah menutup mata terhadap transaksi wang yang berjumlah berjuta-juta dolar itu, mahupun pemantau-pemantau sistem kewangan yang rasmi.

Tom Wright dan Bradley Hope, wartawan Wall Street Journal yang pernah memenangi anugerah, telah mendedahkan berpuluh-puluh cerita tentang skandal 1MDB. Kini, buat pertama kali, mereka mendedahkan cerita yang lengkap mengenai rompakan yang paling besar dalam lipatan sejarah. Buku Billion Dollar Whale adalah setanding buku Liar's Poker dan Den of Thieves yang menjadi kisah klasik yang mengganggu perasaan yang menceritakan dunia kewanngan yang megah diri dan tamak haloba.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.