Kompendium Maqasid Al-Shari’ah Rujukan Penting Asas Memahami Istilah dan Perkembangan Maqasid Al-Shari’ah

01/04/2018
by ILHAM Books

Kompendium Maqasid Al-Shari’ah Rujukan Penting Asas Memahami Istilah dan Perkembangan Maqasid Al-Shari’ah

Wacana Maqasid al-Shari’ah kini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat dan semakin giat dibicarakan oleh pelbagai pihak. Umumnya, banyak karya mengenai Maqasid al-Shari’ah telah diterbitkan di seluruh dunia termasuk terjemahannya juga kian meningkat dan mudah didapati di pasaran. Di Malaysia, pelbagai kajian berkaitan Maqasid al-Shari’ah telah dijalankan dan penerbitan juga semakin rancak menambahkan lagi rujukan sedia ada yang boleh dimanfaatkan. Dalam konteks negeri Selangor, D.Y.M.M. Sultan Selangor sendiri telah menyatakan kepentingan Maqasid al-Shari’ah dan pelaksanaannya kepada dasar-dasar negeri Selangor dalam Titah Diraja Di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2015, 30 Mac 2015 Bersamaan 9 Jamadilakhir 1436h).

Daripada Islam Politik Kepada Muslim Demokrat

27/03/2018
by ILHAM Books

Oleh Rached Ghannouchi

Diterjemahkan oleh Muhammad Thufail Sayuti

Parti Gerakan Ennahdah ( Hizb Harakah An-Nahdah) merupakan salah sebuah parti politik yang paling berpengaruh di Dunia Arab dan merupakan tonggak utama yang memainkan peranan penting Tunisia sebagai sebuah negara demokrasi, di mana ia telah mengumumkan satu peralihan yang bersejarah baru-baru ini. Parti ini telah bergerak menjangkau asal-usulnya sebagai sebuah “Parti Islam” dan menganut sebuah identiti yang baharu secara keseluruhannya, iaitu sebagai parti “Muslim Demokrat”.

Gerakan yang saya asaskan bersama pada tahun 1980 ini tidak akan lagi bergerak sebagai sebuah parti politik dan sebuah gerakan sivil sekaligus. Ia juga telah membuat keputusan untuk menghentikan kesemua aktiviti kebudayaan dan keagamaan, dan memberi fokus sepenuhnya hanya dalam bidang politik.

Kata Pengantar Edisi Melayu Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme

06/03/2018
by ILHAM Books

Oleh Dzulkefly Ahmad

Buku Rachid Ghannouchi – Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme terjemahan saudara Muhammad Syamil Dzulfida dan Ahmad Nabil Amir, terbitan Islamic Renaissance Front, tentunya punya pelbagai sisi istimewa. Menjadi lebih menarik kerana hanya Tunisia, negara tunggal yang mampu mempertahankan kehendak rakyatnya, tujuh tahun selepas ‘Arab Spring’ atau ‘Thairah Sya‘biah’ pada Disember 2011. Sheikh Rachid Ghannouchi dan Partinya, Ennahdah atau Kebangkitan (Renaissance) amat sentral dalam naratif kebangunan semula negara Tunisia.

Azzam Tamimi dan Rachid Ghannouchi: Demokrasi, Muslim Demokrat dan Mogok Lapar Tahanan ISA

06/03/2018
by ILHAM Books

Oleh Saari Sungib

Saya menulis catatan ringkas berkenaan buku ini dengan cara yang tersendiri. Bagi saya buku ini adalah suatu yang istimewa. Saya menilai buku ini istimewa di atas empat faktor. Pertama; di mana dan dari siapa saya mendapat buku ini, kedua; siapa penulisnya, ketiga; apakah subjek dan topik utama yang menjadi tumpuan penulis dan keempat: dalam keadaan bagaimana saya memulakan dan menghabiskan membaca buku ini.

​Uraian buku Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme - Farouk Musa

06/03/2018
by ILHAM Books

Uraian buku Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme oleh Azzam Tamimi

Ahmad Farouk Musa

Buku yang merupakan terjemahan daripada tulisan Dr Azzam Tamimi, seorang ahli akademik dan aktivis politik yang juga pernah menjadi Pengarah di Institut of Islamic Political Thought di London ini membicarakan idea-idea daripada seorang pemikir yang menerajui Parti Ennahdah di Tunisia. Parti ini yang pada awalnya lahir sebagai Gerakan Penentangan Islami (Harakah Al-Muqāwamah Al-Islāmiyyah) yang muncul sebagai reaksi kepada penindasan dan penganiayaan yang dilakukan oleh regim autoritarian sekular terhadap kebebasan rakyat untuk beragama dan hak mereka untuk bebas bersuara dan berpersatuan. Azzam Tamimi bermula dengan menceritakan biografi Ghannouchi dan kemudiannnya berinteraksi dengan idea-idea politik Ghannouchi dan segala eksperimentasinya. Beliau juga bejaya menghuraikan idea Ghannouchi tentang demokrasi dan kesesuaiannya dengan Islam.

​Uraian Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme - Mujahid Yusof

06/03/2018
by ILHAM Books

Uraian Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme

Mujahid Yusuf Rawa

Rachid Ghannouci, nama tidak asing lagi dalam dunia politik Islam. Beliau yang dalam regim awal 70-an Tunisia menjadi mangsa penindasan politik penguasa diktator sehingga menjadi pelarian di luar negara. Ghannouchi hidup dalam suasana demokrasi menjadi perkataan yang hanya wujud di dalam senarai impian, sebab itu beliau menumpukan segala aset Islaminya untuk memperjuangkan demokrasi yang amat bermakna kepada rakyat yang ditindas.

Naratif What I Believe

15/12/2017
by ILHAM Books

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Terjemahan buku ‘What I Believe’ yang dinamai Apa Yang Saya Yakini oleh Tariq Ramadan, berjaya memaparkan kepada umum khasnya golongan yang skeptik serta penentang gagasan ‘Multiculturalisme’ atau kehidupan harmoni antara agama-budaya, bahawa keyakinan agama seseorang bukan penghalang buatnya, selaku warganegara yang komited.

​Prakata Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

24/11/2017
by ILHAM Books

Prakata Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

Oleh Ahmad Farouk Musa

“Aku sering kali pergi ke Eropah hanya untuk memperbaharui harapanku untuk merubah keadaan umat Islam ke arah yang lebih baik dengan mereformasi agama yang mereka telah rosakkan, dan untuk memacu mereka kepada pengetahuan tentang urusan mereka sendiri dan kawalan terhadap ini tanpa terlalu terlanjur dan melampau, dan harapan ini akan melemah dalam jiwaku ketika aku pulang ke negaraku sendiri lantaran semua kezaliman yang aku temui, dengan kesulitan yang getir yang aku hadapi, kejahatan yang aku lihat lantaran pengabaian umat Islam terhadap kelebihan mereka sendiri, permusuhan mereka terhadap diri mereka, keghairahan mereka yang besar untuk menguatkan cengkaman penindas mereka ke atas mereka, dan kecintaan mereka pada penghambaan yang semberono pada mereka. Tetapi ketika aku kembali ke Eropah, dan menetap di sana selama satu atau dua bulan, harapanku akan kembali semula kepadaku, dan ia akan tampak mudah untuk mencapai apa yang aku fikirkan mustahil.”

– Muhammad Abduh (Mark Sedgwick, Muhammad Abduh. Oxford: Oneworld Publications, 2010: 101)

Kata Pengantar Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

24/11/2017
by ILHAM Books

Kata Pengantar Manhaj Islah Imam Muhammad Abduh

Oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد:

Dr Muhammad Imarah adalah seorang cendekiawan dan pemikir Arab, Muslim yang sangat banyak menulis dan menela’ah tulisan reformis, para ulama’ dan ahli fikir ternama Islam.

Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 1931. Sejak belajar di madrasah kampung, beliau telah menghafal al-Qur’an dan membacanya dengan tajwid yang baik. Kepintaran beliau terserlah sejak beliau masih muda. Beliau mula menulis dalam usia muda isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan bangsa Arab umumnya. Makalah pertama beliau tersiar dalam akhbar “Misr Al-Fatāh” atau (مصر الفتاة) dengan tajuk “Jihad dan Perjuangan Palestin”.

Beliau lulusan Doktor Falsafah dalam bidang ilmu-ilmu Islam dengan takhassus Falsafah Islam di Kuliah Dar Al-Ulum Universiti Kaherah pada tahun 1975. Beliau memiliki ijazah Sarjana Falsafah daripada Fakulti dan Universiti yang sama pada tahun 1970, di samping memegang sijil Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Ilmu-Ilmu Islam daripada Universiti yang sama dalam tahun 1965.

Al-Qur’an adalah kitab panduan yang amat mengutamakan gerakerja dan bukannya perihal idea semata-mata - Iqbal

05/11/2017
by ILHAM Books

Tidak dapat dinafikan bahawa buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan dalam Islam adalah magnum opus atau karya teragung Muhammad Iqbal. Buku ini merupakan himpunan nota dan teks ceramahnya yang menyelusuri persoalan falsafah memperihalkan isu-isu berkaitan ilmu pengetahuan, pengalaman keagamaan, kerohanian, konsepsi ketuhanan, keimanan, roh dan semangat.

Berbekalkan pendidikan yang mendalam tentang sejarah, sastera, manusia dan kerohanian serta prinsip ilmu Barat yang ditempatkan dalam bingkai sekularisme kontekstual dengan moderniti Barat pada masa yang sama kemantapan fahaman dan keyakinan terhadap Al-Qur’an serta tradisi dan naratif Islam terhadap plitik dan tamadun menjadikan Iqbal seorang ahli falsafah yang begitu action oriented.

Dengan itu Iqbal ingin mengemukakan bahawa perubahan, kebebasan dan keabadian asas-asas pegangan hidup adalah amat besar ertinya bagi karamah al-insan atau human dignityseseorang.