Siapa Pilihan Almarhum Ustaz Yahya Othman untuk Menggantikan TGNA bagi jawatan Menteri Besar Kelantan?

03/07/2017
by ILHAM Books

Ketika dihebohkan tentang pengganti YAB Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan, saya juga turut bertanya pandangan Murabbi yang saya hormati ini.

“Ustaz tengok siapa yang layak ganti Tok Guru sebagai MB?” saya mengajukan soalan dalam nada yang berhati-hati. Takut-takut nanti soalan ini akan mengundang kemarahan beliau.

Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan

23/06/2017
by ILHAM Books

Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan

Buku ini menampilkan perkongsian empat belas jemaah Tabung Haji tahun 2015.

Suraya Jaafar memulakan catatan beliau hari demi hari bermusafir di dalam bab MERINDUI MAKKAH DAN MADINAH, DI BUMI MADINAH YANG DAMAI, MANASIK YANG TERBUKTI dan TABAH TEMPUHI MASYA’IR. Setiap hari dimuhasabah agar setiap hari baru lebih baik dari hari sebelumnya dan tidak ada waktu yang tersia selain memaksimumkan hasrat untuk menunaikan haji yang begitu lama dinanti-nantikan.

Sebagai seorang Profesor Madya Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Siti Mashitoh Mahamood menulis daripada hati nurani beliau yang mendalam akan rasa cinta kepada Allah dalam bab BILA SUDAH TIBA MASANYA dan INDAH DAN MUDAHNYA ISLAM. Di dalam bab BANGUNKANLAH GENERASI AL-ABRAR ITU pula, beliau berpesan agar generasi Al-Abrar itu dibangunkan untuk kecemerlangan umat Islam di tanah air Malaysia, bumi tercinta.

Nik Rohaida Wan Daud, seorang yang minat menulis dan juga novelis yang mula menempah nama dalam penulisan, menceritakan kisah beliau menyaksikan saat-saat cemas kren tumbang yang begitu terkesan kepada jiwanya dalam bab TUMBANGNYA KREN KEDUA TERBESAR DI DUNIA. Dalam bab EMAS DAN AIRMATA DI ARAFAH pula, beliau mencoretkan cabaran dan kenangan manis di Arafah.

Islamfobia, Pertembungan Budaya dan Perang Global Melawan Keganasan

22/06/2017
by ILHAM Books

Prakata Penulis Islam Bukan Agama Teroris

Suasana dunia yang penuh dengan ketidaktentuan menuntut kita berada pada satu wacana yang menagih jawapan. Malangnya jawapan yang dicari tidak datang dalam bentuk hitam atau putih tetapi jalur-jalur halus antara hitam dan putih yang cuba memahami realiti yang sedang dilalui. Ini adalah kerana peristiwa dunia berkembang begitu pantas sehingga setiap jawapan yang baru kita temui sudah tidak relevan lagi dengan datangnya permasalahan baru. Memahami suasana dan konteks adalah sebahagian dari jawapan dan penguasaan kepada realiti yang berlaku membentuk cara kita menjawab persoalan semasa.

Perlaksanaan Hudud di Malaysia: Retorik atau Realiti?

22/06/2017
by ILHAM Books
Prakata Penyunting Hududisme: Antara Retorik dan Realiti

Segala syukur dan puji bagi Allah S.W.T yang maha esa lagi berkuasa yang menganugerahkan hidayah dan keupayaan untuk merealisasikan penerbitan buku Hududisme: Antara Retorik dan Realiti ini.

Tariq Ramadan seorang pemikir intelektual Muslim di Barat telah mengejutkan ramai pihak apabila membuat gagasan dalam makalah “ An International call for Moratorium on corporal punishment, stoning and the death penalty in the Islamic World” untuk menangguhkan perlaksanaan hudud pada waktu ini. Saranan ini mendapat kritikan hebat oleh ramai pihak kerana menganggap ia adalah sebahagian daripada tuntutan akidah.

Antara Ekstremisme Tirani dan Ekstremisme Pemberontak

15/06/2017
by ILHAM Books

Kata Pengantar Buku Islam Agama Rahmah


Umat Islam di abad ke-21 masehi diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian getir demi memberikan mereka peluang yang lebih untuk mujahadah, berdakwah dan istiqamah di atas jalan kebenaran. Periode pasca-penajajahan telah menyaksikan bagaimana umat Islam bagaikan ‘punching bag’ kepada kuasa-kuasa besar dan juga para tirani di seluruh dunia. Lebih malang lagi, yang lebih banyak terlibat di dalam menzalimi dan membunuh umat Islam itu adalah dari kalangan tirani yang beragama Islam dan mengaku dirinya sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW.

Hasil dari kezaliman yang berterusan dari para diktator Muslim, terdapat di kalangan umat yang mula berputus asa kepada cara damai dan aman di dalam melakukan usaha pengislahan dan perubahan. Bagi golongan yang gopoh, terutamanya di kalangan anak-anak muda, sikap bersabar dan bertahap-tahap di dalam melakukan usaha amar makrif dan nahy munkar merupakan satu kebaculan dan kedayusan. Bagi mereka, kezaliman para tirani haruslah dibalas dengan kekerasan yang setimpal agar perubahan segera berlaku. Bagi golongan ini, apa sahaja metod perubahan yang menggunakan jalan damai adalah terlalu lambat dan tidak Islamik. Maka mereka melaungkan jihad demi menjustifikasikan tindakan gopoh mereka. Api dibalas dengan api. Pertumpahan darah dibalas dengan pertumpahan darah. Akhirnya semakin banyak nyawa yang terkorban, dan para tirani mempunyai justifikasi di atas segala jenayah yang telah mereka lakukan. Kini mereka muncul dengan mengatakan bahawa apa yang ditafsirkan sebagai ‘kezaliman’ mereka ke atas rakyat sendiri, adalah ebrtujuan untuk mengekang keganasan dan usaha mereka untuk melawan keganasan.


Chambering

15/06/2017
by ILHAM Books

MALA FIDE

BAB 1

Nama aku Rahimi. Nama sebenar aku Muhammad Rahimi bin Abdul Jamil. Aku dibesarkan tanpa ayah dan ibu sejak kecil. Kakakku, Nurul Huda binti Abdul Jamil mengambil tugas mereka untuk membesarkanku sehingga ke hari ini. Pengorbanannya cukup besar; beliau memilih untuk tidak berpacaran atau bersuami dan membiarkan kejelitaan usia mudanya dimamah waktu begitu sahaja. Semuanya dilakukan untuk memastikan satu-satunya darah daging beliau mencapai cita-cita yang diingini sejak kecil- menjadi seorang peguam.

Hari ini, impian tersebut itu akan termakbul kerana aku baru sahaja berjaya menamatkan tempoh sembilan bulan chambering atau dalam bahasa ibunda dipanggil sebagai Latihan Dalam Kamar. Di negara ini, mana-mana pelajar undang-undang yang ingin menjadi peguam wajib melalui proses tersebut di mana mereka perlu melaksanakannya dengan mana-mana firma guaman yang peguamnya telah bekerja sebagai peguam untuk tempoh masa minimum 7 tahun. Peguam yang mempunyai Pelatih Dalam Kamar juga dikenali sebagai Master dan bertanggungjawab memastikan “anak muridnya” mendapat pendedahan yang secukupnya tentang asam garam kehidupan seorang peguam selama tempoh 9 bulan tersebut.

Antara Wasatiyyah dan Ekstremisme Menurut Sheikh Yusof Al-Qaradhawi

11/06/2017
by ILHAM Books

PRAKATA BUKU ISLAM AGAMA WASATIY

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang menjadikan makhluk dan menyempurnakannya, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. serta kepada para sahabat dan seluruh orang yang beriman.

Islam adalah agama suci yang Allah turunkan kepada manusia, segala asas dan dasar syariah ini terkandung didalam kitab sucinya al-Quran dan kitab ini diperincikan pula oleh sunnah Rasulullah s.a.w.

Dua sumber teras ini telah digembeling oleh para ulama Islam pula bagi menghasilkan kefahaman yang sesuai dengan keadaan semasa mereka hidup dan bagi menjadikan kupasan terhadap syariah itu berpijak dibumi yang nyata.

Otto Von Bismarck - Canselor Pertama Jerman dan Tokoh Politik Teragung Kurun Ke-19

13/04/2017
by ILHAM Books

Otto Von Bismarck - Canselor Pertama Jerman dan Tokoh Politik Teragung Kurun Ke-19

Mukhriz Mat Rus, Penterjemah

Barangkali ada yang perikan Otto von Bismarck dengan mudahnya sebagai ‘haiwan politik’ lantaran pendekatan realpotilik yang disandarkan padanya. Pendekatan siasah yang dianggap menuntut pengamalnya untuk sanggup mengorbankan prinsip demi kelansungan dan cita-cita politik. Namun ‘realpolitik’ Bismarck bukan sekadar apa yang cuba diterjemahkan oleh kamus Jerman-Inggeris Langenscheidt sebagai politik yang praktikal, atau politik ikut keadaan, bahkan lebih dari itu. Pada hemat Bismarck, politik adalah satu ‘seni yang munasabah’ dan diterjemahkan dalam segenap perencanaan dan gagasannya sepanjang kerjaya politiknya. Maka adikarya ini menawarkan satu definisi panjang dalam memaknai realpolitik ala-Bismarck.

Perkauman Dalam Dua Wajah

06/02/2017
by ILHAM Books

Apabila pemimpin besar pejuang kemerdekaan tanah air, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada tahun 1945 meneriakkan ‘Di atas robohnnya kota Melaka mari kita tegakkan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka’ ia tidak dianggap sebagai perkauman Melayu dan mengundang permusuhan.Ia sekedar untuk menyatu padukan bangsa Melayu yang sedang bergelora menuntut kemerdekaan. Ia diucapkannya di perasmian Parti Kebangsaan Melayu (PKMM).Allahyarham, seorang professional yang dapat diterima oleh pelbagai kaum bukan saja di zamannya, mungkin juga di masa kini kerana sikapnya yang terbuka.Oleh itu isu perkauman yang kini banyak mendominasi wacana pelbagai phak akibat timbulnya pelbagai kejadian dan tanggapan perlu dibahaskan secara ilmu dan rasional.

Generasi Kedua Politikal Islam: Merintis Jalan Menggalas Harapan

30/01/2017
by ILHAM Books

GENERASI KEDUA POLITIKAL ISLAM: MERINTIS JALAN MENGGALAS HARAPAN

Muhammad Luqman bin Ahmad Tarmizi, SISPRO

Olivier Roy dalam bukunya The Failure of Political Islam telah menulis, dengan nada penuh skeptis dan pesimis mengenai gerakan Islam. [1] Salah satu deskripsi beliau mengenai golongan politikal Islam/Islamis/gerakan Islam berbunyi: