Prolegomena Generasi Kedua Poltikal Islam

30/01/2017
by ILHAM Books

Prolegomena Generasi Kedua Poltikal Islam

Fenomena gerakan Islam ataupun yang digelar di dalam dunia akademia sebagai gerakan politikal Islam merupakan fenomena seabad di dalam politik dunia. Bermula dengan seruan islah atau reformasi di penghujung kurun ke-19 oleh gerakan Pan-Islamisme dan juga gerakan kemerdekaan yang dipacu oleh para ulama di negara-negara kaum Muslimin, gelombang tersebut berkembang sehingga menjadi aktor yang mencorakkan politik antarabangsa selaras dengan perkembangan globalisasi di kurun ke-20 dan awal kurun ke-21. Kini, adalah sukar untuk membaca, mendengar dan mengikuti perkembangan politik dan ekonomi dunia tanpa ada isu atau berita yang berkaitan dengan mana-mana gerakan politikal Islam dari serata ceruk bumi.

Konflik Syria: Antara Perang Sekte Dan Percaturan Kuasa Besar

30/01/2017
by ILHAM Books

KONFLIK SYRIA: ANTARA PERANG SEKTE DAN PERCATURAN KUASA BESAR

Muqaddimah

Pertembungan dan krisis adalah sunnah alam yang dijadikan atas sebab musabab melalui ketetapan Allah SWT. Ianya sebagai ujian kepada manusia, ketahanan diri dan membawa perubahan mengikut prinsip sebab musabab tersebut. Allah berfirman yang bermaksud:

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa

Membaca Api dan Cahaya di Malaysia

18/01/2017
by ILHAM Books

Oleh Khairul Anam, Penterjemah Api dan Cahaya

It is written, “In the beginning was the Word.”

How soon I’m stopped! Who’ll help me to go on?

I cannot concede that words have such high worth

and must, if properly inspired,

translate the term some other way.