​Uraian buku Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme - Farouk Musa

06/03/2018
by ILHAM Books

Uraian buku Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme oleh Azzam Tamimi

Ahmad Farouk Musa

Buku yang merupakan terjemahan daripada tulisan Dr Azzam Tamimi, seorang ahli akademik dan aktivis politik yang juga pernah menjadi Pengarah di Institut of Islamic Political Thought di London ini membicarakan idea-idea daripada seorang pemikir yang menerajui Parti Ennahdah di Tunisia. Parti ini yang pada awalnya lahir sebagai Gerakan Penentangan Islami (Harakah Al-Muqāwamah Al-Islāmiyyah) yang muncul sebagai reaksi kepada penindasan dan penganiayaan yang dilakukan oleh regim autoritarian sekular terhadap kebebasan rakyat untuk beragama dan hak mereka untuk bebas bersuara dan berpersatuan. Azzam Tamimi bermula dengan menceritakan biografi Ghannouchi dan kemudiannnya berinteraksi dengan idea-idea politik Ghannouchi dan segala eksperimentasinya. Beliau juga bejaya menghuraikan idea Ghannouchi tentang demokrasi dan kesesuaiannya dengan Islam.

Bagi Tamimi, Ghannouchi bukan hanyalah seorang pemikir politik, akan tetapi contoh yang hidup tentang evolusi dalam pemikiran politik Islam, daripada Nasserisme kepada Salafisme dan kemudiannya kepada Islamisme. Perubahan ini berlaku apabila Ghannouchi berjumpa Malik Bennabi daripada Algeria, yang bagi Ghannouchi merupakan paksi kepada pemikiran Islam dan pengganti bagi pemikiran rasionalisme Islam Ibnu Khaldun di zaman moden ini. Tamimi menghuraikan bagaimana idea Ghannouchi ini adalah suatu pemahaman liberal terhadap Islam dan bagaimana Ghannouchi membezakan sesuatu yang bercirikan agama atau ‘deeni’ dengan sesuatu yang bercirikan politik atau ‘siyāsi’ dan bukan seperti para pemikir Islam yang lain, Sayyid Qutb atau Maudūdi umpamanya.

Ghannouchi berhujah bahawa keengganan Nabi untuk melantik penggantinya di Madinah membuktikan bahawa Islam meninggalkan suatu ruang atau Faragh untuk evolusi institusi politik dalam Islam. Lantaran itu Ghannouchi melontarkan teorinya tentang al-Faraghāt (ruang atau vakum) yang mana manusia diizinkan untuk memenuhi ruang-ruang tersebut berdasarkan masa dan kondisi yang berlainan. Kita tahu bahawa Ennahdah telah melalui proses evolusinya selepas Musim Semi Arab walaupun hal ini tiada tercatat kerana buku ini asalnya diterbitkan pada tahun 2001. Ennahdah telah bergerak menjangkau asal-usulnya sebagai sebuah ‘Parti Islam’ dan menganut sebuah identiti yang baharu secara keseluruhannya, iaitu sebagai parti ‘Muslim Demokrat’. Ennahdah tidak lagi bergerak sebagai sebuah parti politik merangkap sebuah gerakan sivil atau dakwah sekaligus. Malahan ia telah menghentikan kesemua aktiviti kebudayaan dan keagamaan tersebut, akan tetapi memberi fokus sepenuhnya hanya dalam bidang politik semata.

Dato’ Dr. Ahmad Farouk Musa merupakan Pengarah di Islamic Renaissance Front (IRF), sebuah badan pemikir yang mengupayakan Islah dan Tajdid dalam pemikiran umat Islam serta pemerkasaan akal.

Sumber: Laman web IRF

Comments

http://doxycycline-cheapbuy.site/ - doxycycline-cheapbuy.site.ankor onlinebuycytotec.site.ankor http://tadalafilcialis-cheapestprice.site/

New post