Deklarasi Marakesh: Hak Minoriti Agama Dalam Dunia Majoriti Islam

RM10.00
In stock
+

Deklarasi Marakesh: Hak Minoriti Agama Dalam Dunia Majoriti Islam

Author: Ahmad Naqiuddin
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 
Weight: 0.38
Pages: 24pp
Year: 2018
Price: RM10.00

Melihat kepada keadaan di beberapa dunia Islam kini yang kian memburuk akibat daripada penggunaan senjata merbahaya sebagai jalan penyelesaian kepada konflik yang berlaku, serta menggunakannya sebagai cara bagi memaksa manusia agar turut kepada satu pendapat sahaja.

Memandangkan keadaan ini juga telah melemahkan autoriti serta kuasa kerajaan dan pemerintah yang sah, serta membuka ruang bagi golongan pengganas untuk bercakap dan mengeluarkan hukum atas nama Islam, lalu mereka melaksanakan segala konsep yang telah disalahfahami dengan mengabaikan konteks serta objektif di sebalik hukum tersebut, akhirnya hal tersebut memudaratkan segenap lapisan masyarakat.

Setelah mendapati bahawa golongan minoriti agama hidup dalam keadaan tertekan, dalam kalangan mereka ada yang dibunuh, diperhamba, dihalau, dan dihina sedangkan mereka telah hidup bersama orang Islam sejak sekian lamanya dalam suasana yang penuh toleransi dan bertolak ansur -hal ini diperakui sendiri oleh pakar sejarah yang jujur dalam penilaian mereka.

Memandangkan bahawasanya jenayah-jenayah ini dilaksanakan atas nama Islam dan syariat, sedangkan ia adalah suatu pendustaan atas nama Allah dan rahmat Rasulullah, dan penganiaayan terhadap jutaan umat Islam yang dicela agama dan nama baik mereka. Umat Islam menjadi sasaran tuduhan, cercaan, dan kejian sedangkan mereka sendiri tidak terselamat daripada angkara jenayah tersebut.

Demi menjalankan tanggungjawab dan tugas ahli ilmu dalam memberi pencerahan, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang merupakan suatu fasa getir dalam sejarah umat Islam, demi memelihara nyawa dan nilai diri manusia, demi merealisasikan keamanan dalam hubungan sesama insan, demi menuntut hak kemanusiaan dan mengembalikan kemurniaan imej agama, demi menasihati dan memberi amaran kepada umat Islam tentang bahaya jenayah yang bertopengkan pakaian agama ini, yang mampu memecahbelahkan kesatuan dan kesejahteraan pada jangka masa pendek mahupun panjang.

Sempena memperingati ulang tahun ke 1400 daripada pembentukan Piagam Madinah, di bawah naungan Raja Maghribi Raja Muhammad ke-VI, sebuah persidangan dianjurkan di bandar Marrakesh di Maghribi - sebuah negara yang menjadi contoh negara Islam dalam meraikan hak-hak golongan minoriti agama dalam rekod dan catatan sejarahnya yang kaya dengan nilai nilai toleransi dan kebersamaan hidup antara orang Islam dan bukan Islam. Kebersamaan ini bertapak atas sifat kewarganegaraan, ataupun sebagai pelarian yang mencari perlindungan daripada musuh yang menzalimi mereka.

-----------

Shaykh Abdullah Bin al-Mahfoudh Bin Bayyah dilahir pada tahun 1935 di Timbedra, Mauritania. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal di dunia Barat mahupun dunia Islam. Beliau adalah mantan naib presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Setelah itu beliau mengasaskan Forum Mempromosi Keamanan dan Majlis Hukama Muslimin. Universiti Georgetown telah beberapa kali menobatkan beliau sebagai salah seorang daripada 50 orang Islam berpengaruh sejak 2009.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US