​Etos dan Ekspresi Budaya Melayu

RM30.00
10 days
9789674124397
In stock
+

Etos dan Ekspresi Budaya Melayu

Editor: Nur Afifah Vanitha Abdullah & Yusmilayanti Yunos

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124397

Year: 2018

Pages: 166pp

Price: RM30.00

Buku Etos dan Ekspresi Budaya Melayu bertujuan menyebarkan ilmu terkini dalam bidang pengajian budaya Melayu. Sehubungan itu pelbagai aspek seperti falsafah, budaya material dan ekspresi budaya Melayu diperbincangkan dalam konteks teori, pemuliharaan, amalan dan simbol budaya. Sebahagian daripada bab dalam buku ini bersifat sama ada mengemaskini ilmu sedia ada, mengetengahkan amalan, ekpresi dan atifek budaya dalam perspektif baharu, atau membincangkan isu kesinambungan serta ‘sustainabiliti’ subjek yang diperkatakan. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan dan bacaan umum tentang budaya Melayu di Malaysia. Subjek yang diperbincangkan agak komprehensif dan mencakupi hampir kesemua aspek budaya, termasuk seni persembahan dan filem sebagai ekspresi budaya masyarakat Melayu. Malah amalan dan budaya material dari Sabah dan Sarawak turut diangkat sebagai subjek perbincangan dalam buku ini. Buku ini turut bertujuan memperluas dan melengkapkan korpus ilmu dalam bidang budaya Melayu.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.