​Penukaran Agama Kanak-Kanak: Isu dan Cadangan

RM10.00
978-967-12545-2-3
In stock
+

Penukaran Agama Kanak-Kanak: Isu dan Cadangan

Author: Mohamed Azam Mohamed Adil & Ahmad Badri Abdullah

Page: 28 pages

Publisher: IAIS Malaysia

ISBN: 978-967-12545-2-3

Prakata Editor

Kami di IAIS Malaysia amat berbesar hati untuk membincangkan semula tajuk ‘Penukaran Agama Kanak-kanak: Isu dan Cadangan’ dalam Kertas Isu dan Polisi. Sejak edisi pertama dalam Bahasa Inggeris dengan judul Conversion of Minor: Issues and Challenges diterbitkan dalam tahun 2013, isu penukaran agama oleh salah satu pihak yang asalnya bukan beragama Islam dan mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, banyak perkembangan telah berlaku. Kertas Isu dan Polisi ini merupakan hasil daripada beberapa siri konsultasi bersama beberapa pemuka yang terkemuka di Malaysia, hakim-hakim dan pihak NGO yang menumpukan kepada isu mengenai penukaran agama serta beberapa isu lain yang berkaitan, khususnya yang melibatkan status anak bagi pasangan yang menukar agama.

Semuanya bermula dengan keputusan Kabinet pada bulan April 2009, kemudian pada 2013 dan yang terkini pada hujung 2015 berkaitan dengan penukaran agama oleh salah satu pihak dan kemudiannya berkait dengan penukaran agama anak-anak serta perebutan hak penjagaan anak-anak berikutan pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta peruntukan yang tidak jelas dalam isu ini telah menimbulkan perbahasan awam yang tidak berkesudahan. Keputusan terbaru dalam kes Mohamad Riduan Abdullah lwn Indhira Ghandi (2015) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keputusan oleh Mahkamah Syariah Ipoh terhadap hak penjagaan anak-anak mengikut bapa yang beragama Islam dan pengesahan agama Islam kanak-kanak tersebut sekali lagi mencetuskan perbahasan yang tidak berkesudahan justeru kerana kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa masing-masing. Banyak forum awam dan perbincangan meja bulat telah dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan NGO Islam dan bukan Islam, agensi kerajaan, Majlis Peguam, dan pihak berkuasa agama yang membahaskan isu tersebut. Sehubungan dengan itu, Kertas Isu dan Polisi ini mengupas perbahasan tersebut dengan mengambil kira keadaan sebenar. Selain itu, Kertas Isu dan Polisi ini secara asasnya, mengandungi tiga segmen, iaitu segmen pertama yang membincangkan mengenai penukaran agama dari aspek pemikiran Islam dan membentangkan respons Syariah terhadap kes penukaran agama bagi kanak-kanak. Ini diikuti dengan penelitian dan perbahasan terhadap keputusan Kabinet pada tahun 2009, 2013 dan perkembangan seterusnya sehingga kes Muhammad Riduan Abdullah lwn Indira Gandhi (2015) berserta kesimpulan yang menggambarkan pendirian IAIS Malaysia mengenai perkara ini berserta polisi cadangan yang dilihat relevan. Tiga lampiran pada bahagian akhir membekalkan maklumat tambahan mengenai respon masyarakat awam terhadap perintah Kabinet tersebut, ringkasan statut undang-undang serta beberapa kes mahkamah yang berkaitan.

KERTAS ISU DAN POLISI IAIS MALAYSIA

Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 87 pada 25 Jun 2009 memutuskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur adalah mengikut Islam dan hak penjagaan anak tersebut hendaklah diletak di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. Apa yang menarik ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tersebut memutuskan bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang di bawah 18 tahun adalah mengikut ketetapan oleh ibu atau bapa tidak perlu dipinda. Keputusan fatwa ini telah diikuti oleh Sabah, Sarawak dan Pahang. Malangnya kesemua fatwa tersebut tidak diwartakan.

Fenomena penukaran agama merupakan isu yang sangat sensitif kerana ia melibatkan dua penganut agama yang berlainan. Ia menjadi fokus perbincangan di Malaysia sejak empat dekad yang lalu, serta telah menjadi begitu kompleks. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah organisasi pemikir Islam, kami percaya bahawa adalah menjadi keperluan yang mendesak untuk membentangkan respons serta pendapat yang sesuai bagi isu-isu masyarakat dalam usaha kami untuk mencari penyelesaian yang memuaskan. Kami tidak mendakwa bahawa cadangan-cadangan ini bersifat mutlak. Penyelesaian yang dicadangkan ini merupakan pandangan yang dapat dipertimbangkan kesesuaiannya. Diharapkan agar jabatan-jabatan kerajaan dan para perangka polisi di Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap cadangan penambahbaikan yang kami utarakan ini.

Semenjak daripada penubuhannya pada tahun 2008, IAIS Malaysia telah secara aktif terlibat dalam menganjur, membentang pelbagai syarahan umum, forum, persidangan-persidangan peringkat nasional dan antarabangsa, serta perbincangan meja bulat yang membincangkan isu-isu berkaitan Islam dalam perkembangan semasa. Kami telah sekurang-kurangnya menganjurkan empat puluh acara pada setiap tahun. Manakala pendapat-pendapat yang diutarakan pada penulisan ini merupakan hasil penelitian terhadap sumber-sumber rujukan Islam, beserta informasi dan pandangan yang diperolehi menerusi interaksi dan hubungan bersama masyarakat awam. Walaubagaimanapun, pihak kami tetap bertanggungjawab ke atas sebarang kekurangan dalam pandangan atau cadangan yang kami bentangkan ini. Kami berharap dapat menyentuh mengenai topik berkaitan isu-isu yang menjadi keprihatinan masyarakat awam serta membincangkan isu-isu berbangkit melalui perspektif Islam yang relevan bagi proses pembentukan polisi-polisi awam dan perundangan pada siri yang akan datang.

Mohamed Azam Mohamed Adil

Ahmad Badri Abdullah

Editor

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US