Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

RM38.00
9789670960821
Out of stock

Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

Author: Muhammad Haji Salleh
Publisher: SIRD
ISBN: 9789670960821
Weight: 0.500 
Pages: 223pp
Year: 2017
Price: RM38.00

Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh, Biografi USMAN AWANG ini dapat dianggap sebagai sebuah biografi yang paling lengkap yang manggalur alir kehidupan Usman dari Tanjung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar dan Segamat. Melaka dan Singapura pula mematangkannya dan membentangkan bakat multi-bidangnya. Benang kreativitinya diusut pada pengalaman dan puisi-puisinya. Puluhan gambar lama dan baru mengakar kita pada kenyataan hidup penyair ini. Sesungguhnya, dengan mata yang sangat tajam dan kehadirannya yang selalu ‘terlibat’, Usman telah membawa pembacanya melalui tiga zaman – sebelum perang, selepas perang dan selepas Merdeka. Pada tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an, Usman menjadi pemimpin dan contoh, teman dan penggerak drama, puisi dan majalah sastera di Malaysia. Dunia penuh Usman yang dilukiskan dalam biografi ini disajikan kepada peminat, pengkaji, pelajar dan semua yang ingin melihat tempat sasterawan ini dan sastera dalam Malaysia.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, seorang teman, kritikawan puisi dan juga seorang penyair, mengenali Usman sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan biografi ini, Muhammad telah mewawancara Usman – tidak kurang daripada 20 kali – untuk mengutip buah ingatannya. Muhammad juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, yang turut menjadi sumber primer Muhammad dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US