Tekal Berjuang: Memoir Anuar Tahir

RM30.00
9789672007142
In stock
+

Tekal Berjuang: Memoir Anuar Tahir

Author: Anuar Tahir
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007142
Weight: 0.216
Pages: 160pp
Year: 2017
Price: RM30.00

“Ramai pelajar yang cedera. Kami mengambil keputusan pulang ke Kampus dan melakukan satu peristiwa sejarah dengan merampas kedua-dua Kampus ITM dan mengambil alih kekuasaan selama beberapa hari. Nik Castro diisytiharkan sebagai Pengarah ITM Shah Alam dan saya pula sebagai Pengarah di Kampus Petaling Jaya. Semua pensyarah dan kakitangan ITM termasuk pihak keselamatan, apabila tiba pada pagi itu untuk bertugas telah diusir oleh pengawal-pengawal keselamatan kami sendiri yang menggelar diri mereka sebagai Gestapo KSITM”

==============

"Kehadiran buku ini adalah tepat dengan peranan besar Islam dalam konteks kemajmukan negara Malaysia. Isi buku ini adalah satu manifestasi jejak-jejak hidup saudara Anuar Tahir dengan segala macam ragam pengalaman manis dan pahit yang telah dilalui oleh pengarang. Jejak-jejak hidup saudara Mohd Anuar terukir dalam dunia penataran Islam, keilmuan dan kependidikan, kepimpinan pelajar dan belia, organisasi, pertubuhan sukarela (NGO), politik dan penulisan.

Nama saudara Anuar Tahir adalah sinonim dengan kepemimpinan badan-badan dakwah Islam dan politik. Justeru saudara Anuar Tahir mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kaya dalam bidang organisasi. Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam ABIM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan belia Islam seperti IIFSO yang berpengkalan di Kuwait, WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi. Sebagai seorang pemimpin tertinggi ABIM, saudara Anuar juga terlibat dalam kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Dalam dunia politik tanah air, saudara Anuar Tahir telah membuat keputusan luar biasa. Beliau bermula dengan UMNO, Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH). Lebih menarik, saudara Anuar membidani kelahiran KEADILAN dan AMANAH apabila menjadi antara pengasas dan Setiausaha Agung pertama bagi kedua-dua parti tersebut"

Senator Dr Muhammad Nur Manuty

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US