​Ketokohan & Pemikiran Imam Nawawi dalam Ilmu Hadith

RM40.00
9789674126131
In stock
+

Ketokohan & Pemikiran Imam Nawawi dalam Ilmu Hadith

Author : Ahmad Yunus Mohd Nor, Ahmad Nabil Amir & Asmilyia Mohd Mokhtar

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126131

Year: 2018

Pages: 316pp

Price: RM40

Buku ini mengandungi biografi, ketokohan, dan pemikiran Imam Nawawi dalam bidang ilmu hadith. Imam Nawawi adalah salah seorang dari barisan ulama yang telah menyumbangkan jasa yang besar terhadap dunia Islam khususnya dalam bidang hadith. Ini terbukti dengan terhasilnya pelbagai karya agung serta kitab-kitab sharahhadith yang dinukilkan oleh Imam Nawawi dengan metod beliau sendiri. Perbahasan hadith yang dikemukakan dalam kitab Sharh Sahih Muslim contohnya mempunyai perkaitan dan pertalian yang rapat dengan perbahasan dan penelitian hadith dan hukum yang dikemukakan oleh Imam Nawawi dalam karya-karyanya yang lain. Hubungan dapat dilihat dari aspek ringkasan, rumusan hukum, kupasan insad, menzahirkan hujah bersandarkan hadith yang sahih dan menhidupkan tradisi ilmu hadith. Ketokohan dan pemikiran kritis Imam Nawawi menjadi rujukan, dengan menampilkan huraian dan kupasan hadith yang terperinci yang diperkukuh dengan kekuatan dalil mazhab. Syarahan yang dikemukakan turut memperlihatkan keunggulan manhaj dan uslub yang dilakar dalam merungkai dan mengistibat nas. Ternyata ilmu hadith dan sharahnya tidak pernah berhenti memalui perkembangan dan penyebaran. Malah sehingga kini, terdapat pelbagai usaha pengajaran dan pembelajaran yang mengajarkan hadith san sharahnya dengan merujuk kepada kitab-kitab muktabar daripada sunan sittah dan sunan tis’ah di pelbagai bentuk majlis ilmu. Buku ini menjadi keperluan bagi penuntut ilmu untuk membaca hadith dan pasti akan menarik minat mereka untuk mendalami ilmu hadith. Penghasilan buku ketokohan & pemikiran Imam Nawawi dalam ilmu hadith ini adalah untuk penambahbaikkan bahan bantu mengajar khususnya dalam pengajian hadith.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US