Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia - Edisi Kedua

RM45.00
9789672429081
In stock
+

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia - Edisi Kedua

Author: Nazri Muslim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429081
Weight: 0.418
Pages: 286pp
Year: 2020
Price: RM45.00

Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai perlembagaan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan perbahasan ilmiah mengenai perlembagaan adalah dalam bahasa Inggeris, bersifat teknikal undang-undang dan istilah jargon yang hanya di fahami oleh mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan. Justeru, buku ini cuba mengisi kelompangan perbahasan dalam Bahasa Melayu, penggunaan bahasa yang tidak bersifat teknikal undang-undang dan bebas dari istilah jargon undang-undang.

Di samping itu, buku ini dibahaskan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia dan dibekalkan dengan data yang bentuk empirikal. Kedalaman perbincangan buku ini mengkhusus kepada dua tiang seri dalam perlembagaan iaitu Islam dan orang Melayu yang sering kali menjadi konflik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Berasaskan kajian ilmiah yang menyentuh isu-isu Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif hubungan etnik, telah mencetuskan idea untuk menghasilkan buku ini untuk tatapan umum.

Antara kandungan penting dalam buku ini ialah Islam dan Melayu dalam perlembagaan, isu-isu yang berkaitan seperti diskriminasi perlindungan, perbahasan peruntukan Perkara 153, kesamarataan dari pandangan Islam dan cuba membawa misi ke arah memasyarakatkan perlembagaan. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US