Kejatuhan dan Kebangkitan Parti Demokratik Liberal: Puak Gabungan Politik Jepun

RM35.00
10 days
9789674124809
In stock
+

Kejatuhan dan Kebangkitan Parti Demokratik Liberal: Puak Gabungan Politik Jepun

Author: Saiyid Radzuwan Syed Sopi

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124809

Pages: 277 pp

Year: 2017

Weight: 0.4kg

Price: RM35.00

Perbincangan dan perdebatan dalam buku ini cuba melihat bagaimana kuasa menjadi sasaran utama golongan dominan dan politik kepartian yang memperlihatkan bagaimana kuasa menjadi rebutan serta mendasari pembentukan pakatan dan perpecahan gabungan dalam persaingan parti. Selain itu, buku ini juga mengenal pasti bagaimana birokrat, puak politik, veteran parti dan kumpulan zoku mencampuri urusan petadbiran negara sehingga menyebabkan kerajaan gabungan antiparti Parti Demokratik Liberal (Liberal Democratic Party – LDP) gagal mengekalkan kuasa dalam jangka masa yang panjang (1993 – 1994). Matlamat menghalalkan cara yang dipelopori oleh Machiavelli digunakan sebagai senjata untuk melakukan percaturan kuasa. Selain itu, pendekatan penaung dinaung (oyabun kobun) yang telah sebati dengan masyarakat Jepun dijadiakn sebagai mekanisme untuk membina hubungan pengusa dan penyokong hubungan antara ketua dan pengikutnya dibina dengan akrab, lebih terikat, bersifat kesalingan (reciprocity) dan bertahan lama. Oleh itu, kedinamikan ikatan hubungan tetap terpelihara walaupun unsur kepentingan menjadi sasaran ahli politik. Kerjasama politik bukan menjadi hak milik negara maju sahaja, malahan Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengamalkan konsep tersebut. Bukti yang paling nyata dalam menyokong kenyataan ini ialah amalan yang diaplikasikan oleh Barisan Nasional (BN). BN melihat kerjasama adalah stu kaedah yang paling efisien untuk membolehkan mereka meneruskan hegemoninya sebagai kerajaan. Parti pembangkang juga menjadikan kerjasama sebagai acuan untuk membolehkan mereka memberi tentangan terhadap BN. Jesteru, kerjasama politik merupakan satu kaedah berpolitik yang bukan sahaja digunakan oleh elit politik di Jepun, malahan elit politik di Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengaplikasinya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.