Kombo BICARA AL-QURAN

Old price: RM90.00
RM83.00
You save: RM7.00 (8%) Save 8%
10 days
In stock
+

Krisis Kemanusiaan Dan Peranan Al-Qur'an Sebagai Penyelamat

Penulis: Taha Jabir al-Alwani

Penterjemah: Grup Penterjemah DERIA

ISBN: 9789671178294

Harga: RM30.00

Al-Qur’ān adalah mukjizat yang tidak akan terhenti keajaibannya, yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar kita Muhammad ṣallAllāhu ‘alaihi wa sallam kepada kita umat akhir zaman. Ia mempunyai formula rawatan Rabbānī yang perlu digali oleh umat ini.

Umat ini menghadapi pelbagai krisis – intelektual, kebudayaan, ketamadunan, etc – akibat terkebelakang dalam menjadikan al-Qur’ān sebagai pedoman. Akibatnya umat ini tiada jati diri, terumbang ambing, berkrisis dan sebagainya. Shaykh Dr.Ṭāha Jābir al-‘Alwānī menyebut bahawa jalan keluar daripada krisis adalah dengan kembali kepada al-Qur’ān, dan mendaki semula kemuncak kemuliaannya berpandukan cara hidup Rasulullah ṣallAllāh ‘alaihi wa sallam apabila berhadapan dengan intipati al-Qur’ān. Inilah satu-satunya pedoman yang benar lagi pasti berbanding dengan rujukan lain, kerana sifatnya yang memberi saranan bersifat universal, lengkap dengan tatacara Sharī‘at yang suci, serta mampu mengangkat martabat manusia dengan menghalalkan bagi mereka perkara-perkara yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang kotor. Ia penghapus beban-beban dan belenggu-belenggu di pundak mereka. Ia rahmat pada seluruh alam, memudahkan manusia menuju hari Pembalasan. Al-Qur’ān menguasai semua kitab terdahulu dengan sifatnya sebagai kitab penamat, menguasai semua perkara pada masa hadapan dengan sifatnya yang mutlak dan bijaksana, dan turut membenarkan perkara-perkara yang memusuhinya dengan sifat syumul dan merangkumi semua perkara.

Karya yang diterjemahkan ini adalah satu renungan tajam daripada seorang ulama yang amat disegani, iaitu Shaykh Dr.Ṭāha Jābir al-‘Alwānī, seorang ahli di dalam bidang al-Qur’ān, di mana beliau menjadikan al-Qur’ān sebagai penawar dalam membawa umat ini keluar daripada krisis kemanusiaan.

---------------------

Al-Wasiyyah Al-'Izziyyah: Wasiat Shaykh 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam Kepada Tuhannya Beserta Syarahan

Penulis: 'Izzuddin bin 'Abd al-Salam al-Sulami al-Dimashqi

Penterjemah & Disyarahkan: Mohammad Syafiq Ismail

Penerbit: ABIM Press

ISBN: 9789672158035

Harga: RM17.00

Tiada perkara yang lebih pasti, buat semua yang bernyawa, bahawa ia akan berakhir. Islam mengajar kita memandang kematian sebagai bukan pengakhiran hakiki, tetapi pengakhiran marhalah, dan umpama pintu, ia membuka permulaan bagi marhalah baharu dalam kehidupan seterusnya, kehidupan Akhirat, yang abadi. Ia positif terhadap seluruh fenomena manusiawi. Allah, kerana rahmatNya, mengisyaratkan di akhir surah al-Ḥijr, “Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang yakin pasti (berlaku, yakni mati).” Kita bukan hidup untuk mati, tetapi untuk menghayati (hayat-hidup) dunia ini; bahawa kefanaannya bukan untuk disia-siakan, tetapi untuk dimanfaatkan sebaiknya buat kemanusiaan, yang pada masa yang sama juga merupakan persiapan menuju ke Negeri Akhirat.

Wasiat ini, antara pusaka peninggalan Shaykh ῾Izzuddīn bin ῾Abd al-Salām yang terkenal dengan gelar Sulṭān al-῾Ulamā’, selaku peringatan kepada kita yang masih hidup, untuk mengambil iktibar daripadanya dan merenung semula ke mana perjalanan kita sesudah mati, dan sudah bersiapkah kita untuk mengalaminya. Hakikatnya, wasiat ini adalah doa daripada sang hamba yang fana kepada TuhanNya yang Maha Hidup dan Kekal selamanya.

Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca, mengajak bersama merenungkan, perjalanan yang pasti ditempa, seluruh insan.

-----------------------

Umm Al-Quran: Maqasid Surah Al-Fatihah

Penulis: Sheikh Najmuddin al-Tufi

Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Penerbit: ABIM Press

ISBN: 9789672158004

Halaman: 48 pp

Harga: RM20.00

Al-Fātiḥah, bertepatan dengan gelarnya sebagai ‘Pembuka,’ merupakan pembuka bagi al-Qur’ān. Kedudukannya di awal muṣḥaf, sesuai dengan susunan yang diwahyukan Ilahi kepada Nabi, mengundang persoalan; Mengapakah al-Fātiḥah digelarkan baginda sebagai Umm al-Qur’ān (Induk al-Qur’ān)? Mengapa al-Fātiḥah begitu dimuliakan, sehingga diletakkan sebagai mukadimah bagi al-Qur’ān? Apakah keistimewaan yang ada padanya, yang tidak terdapat pada ayat-ayat lainnya?

Persoalan inilah yang mendasari buku ini, karangan asal Najmuddīn al-Ṭūfī (w. 716H), seorang sarjana Islam ulung yang mendahului zamannya, apabila mengemukakan jawapan beliau, dengan melakukan kajian silang antara bidang Tafsīr al-Qur’ān dengan Falsafah Bahasa Sharī‘at, sekaligus merungkaikan Maqāṣid Aṣliyyah (hikmah yang terutama) daripada penurunan al-Qur’ān, sebagai hidayah dan pedoman buat manusia dan kemanusiaan.

Terjemahan ini disediakan buat sidang pembaca yang budiman, agar dengannya, kita lebih menghayati al-Fātiḥah – yang menjadi amalan dan bacaan setiap muslim sehari-harinya – dan memahami rahsia di balik penamaan al-Fātiḥah sebagai Umm al-Qur’ān.

-----------------------

Psikoterapi Rabbani: Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam Alaihassalam

Penulis: Dr. Fawziyah Salih al-Khulayfi

Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Penerbit: ABIM Press

ISBN: 9789672158028

Halaman: 56 pp

Harga: RM23.00

Maryam ῾alaihāssalām, seorang figur yang mewakili kesempurnaan bagi wanita; seorang ibu kepada seorang nabi, seorang anak kepada keluarga yang mulia, diabadikan kisahnya di dalam al-Qur’ān, kekal ke akhir zaman. Seperti yang dijanjikan Allah, yang ingin menjadikan Maryam dan zuriatnya sebagai bukti kekuasaanNya yang tak terhingga, kisah awal hidup Maryam dirakam penuh teliti di dalam al-Qur’ān, penuh dengan hikmah dan ῾ibrah yang wajar direnungi dan dikagumi.

Kisah kekuatan iman yang ada pada Maryam, seorang gadis sunti yang dikehendaki Allah untuk menjadi ibu kepada NabiNya ῾Īsā ῾alaihissalām, daya tahan mental serta fizikalnya saat ikhlas cekal menanggung tanggungjawab dan pengujian daripada Allah; menjadi inspirasi kepada kajian Dr. Fawziyah al-Khulayfī ini, mengkaji psikologi Maryam dan sisi psikoterapi rabbānī yang ada dalam kisah hidupnya, yang hakikatnya merupakan panduan Allah buat Maryam saat mengalami trauma psikologi, agar bisa dimanfaatkan oleh kemanusiaan seluruhnya; sesuai dengan tugas al-Qur’ān sebagai hidayat buat manusia dan kemanusiaan ke arah kehidupan yang terbaik.

Terjemahan ini, disediakan buat sidang pembaca yang dihormati, agar sama-sama kita hayati (hidupi) kisah Maryam, mengambil manfaat daripadanya dan membuka minda kita kepada ufuk baru penghayatan al-Qur’ān, al-Qur’ān yang hakikatnya menyempurnakan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.