Kombo GHANNOUCHI

List price: RM112.00
RM99.00
You save: RM13.00 (12%)
Save 12%
Out of stock

---------------------------------------------------------------------------------------

Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat dalam Wacana Islamisme

---------------------------------------------------------------------------------------

Origin: Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism

Author: Azzam Tamimi

Translator: Muhammad Syamil Dzulfida & Ahmad Nabil Amir

Publisher: Islamic Renaissance Front

ISBN: 9789671520147

Year: 2018

Pages: 462 pp

“Jika Tuhan inginkan daku menjadi syahid bagi segala masjid-masjid, biarkannya. Tetapi aku ingin memberitahumu bahawa kematianku tidak akan sia-sia, dan daripada darahku, kembang-kembang Islam akan tumbuh mekar.” - Rachid Ghannouchi

Azzam Tamimi memperkenalkan pemikiran Sheikh Rachid Ghannouchi, aktivis politik Islamis yang terkenal yang menerajui parti politik Islamis di Tunisia yang terpenting, Ennahdah yang dahulunya dikenali sebagai Ḥarakat al-Ittijāh al-Islāmī, atau Islamic Tendency Movement yang sebelumnya diharamkan oleh rejim otoriter Zine Abidin Ben Ali, dan kini merupakan parti utama dalam kerajaan tripartit di Tunisia. Ghannouchi, yang hidup dalam buangan selama tempoh yang panjang kerana diburu oleh rejim Tunisia, juga merupakan pemimpin sebuah aliran mazhab dalam pemikiran politik Islam moden yang menganjurkan demokrasi dan pluralisme. Beliau menekankan kesejajaran demokrasi dengan Islam, dan percaya bahawa demokrasi liberal mungkin bersejajaran dengan masyarakat Islam sepertimana hal yang menyangkut dengan sistem tatakelola, hak asasi, dan kebebasan sivil. Maka beliau mengutarakan teorinya tentang faraghāt atau ruang-ruang vakum di mana urusan aqidah itu berada dalam ruang deenī akan tetapi urusan politik dan kenegaraan itu dalam ruang siyāsi, yang memerlukan pena’kulan yang kritis dan bukannya terikat dengan sumber wahyu dalam mentadbir urusan duniawi. Dalam hal ini, Azzam Tamimi tidak hanya menghasilkan kerja yang sangat baik dalam membongkar sosok Ghannouchi, sebagai seorang aktivis politik dan cendekia, tetapi penyorotannya tentang ideologi Ghannouchi cukup unik dan menyerlahkan mengapa Ghannouchi berkemungkinan merupakan intelektual Islam yang terpenting dan paling berpengaruh dalam dekad ini.


-----------------------

Politik & Demokrasi

-----------------------

Author: Racid Ghannouchi

Publisher: Institut Darul Ehsan

ISBN: 9789671406946

Pages: 102 pp

Buku ini menghimpunkan sejumlah makalah pemikiran politik Islam karangan Ghannouchi ini pada tahun-tahun yang berbeza. Pemilihan tajuk dan topik oleh penterjemah dilakukan setelah melihat kepada konteks perbahasan pemikiran politik Islam kontemporer yang berlangsung di tanah air kita Malaysia.

Antara topik yang dibahaskan dalam buku terjemahan ini ialah pemikiran Islam berkaitan demokrasi , konsep kewarganegaraan, kepelbagaian, persoalan tajdid dan gerakan keislaman, negara sekular, kebebasan dalam Islam dan beberapa persoalan lagi. Apa yang menarik buku ini turut memuatkan satu esei berkaitan pandangan Ghannouchi berhubung pemikiran dua tokoh besar iaitu Malik bin Nabi dan Sayyid Qutb. Ia merupakan perkongsian pengalaman dan pengamatan keintelektualan oleh Ghannouchi berhubung dua tokoh ini.


----------------------------------------------------------------------------------

Rashid al-Ghannoushi: Intelektual-Reformis Politikal Islam

-----------------------------------------------------------------------------------

Author: Zulkifli Hasan

Publisher: ABIM & ILHAM Books

ISBN: 9789671178256

Page: 193 pp

Tersenarai sebagai antara 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia, antara 500 Individu Muslim Terpengaruh di Dunia, antara pemikir Muslim terunggul abad ke-20 oleh Profesor Esposito dan Profesor Voll dan penerima anugerah berprestij Chatham House Prize membuktikan pengiktirafan dunia kepada sumbangan dan pengaruh Rashid al-Ghannoushi. Wacana segar al-Ghannoushi mengenai gerakan Islam, demokrasi, konsep Dawlah Madaniyyah, Shura, hakimiyyah, dakwah, hak-hak asasi manusia, al-Hurriyyah, tatakelola yang baik, pluralisme politik, politikal Islam dan beberapa aspek yang lain menjadikan pemikiran dan idea beliau antara yang perlu dirujuk dan dikaji.

Analisis yang segar pasca Arab Spring mengenai wacana politikal Islam menurut al-Ghannoushi oleh sarjana dan ahli politik yang terlibat secara langsung dengan politikal Islam menjadikan buku ini antara yang mesti dimiliki seiring dengan dinamika perkembangan terkini dunia politik tanahair.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US