Kombo Shaykh Abdullah Bin Bayyah (Free Postage)

RM55.00
10 days
In stock
+

Terorisme: Diagnosis dan Penyelesaian

Origin: al-Irhab al-Tashkhis wa al-Hulul

Author: Shaykh Abdullah Bin Bayyah

Translator: Ahmad Naqiuddin

Publisher: ILHAM Books

ISBN: 9789672007241

Pages: 170

Price: RM35

Matlamat utama daripada buku kecil ini adalah untuk menjelaskan isu terorisme atau keganasan yang menjadi bualan di seluruh dunia. Malangnya, konsep sebenar tentang dasar dan faktor keganasan telah lenyap daripada kefahaman masyarakat kita rentetan daripada beberapa insiden buruk yang berlaku. Hal yang demikian telah membuahkan kekeliruan, yang kadang kala menyebabkan lebih banyak kerosakan dan mengubah penawar menjadi racun.

Bak kata penyair Ahmad Shawqi:

Merana kesakitan lebih ringan daripada mengambil ubat yang salah

Dalam buku ini saya jelaskan bahawa cara untuk mencabut pohon keganasan daripada ke dasarnya dan menebang pokok keganasan hingga ke hujung akarnya, keganasan itu perlu ditetak dengan kapak hikmah yang berbilah-bilah, supaya pohon toleransi dan kedamaian kemudiannya dapat ditanam, disemai, lalu tumbuh subur. Sesungguhnya idea yang kotor hanya dapat ditumpaskan dengan idea yang baik.

Seorang penyair berkata:

Kayu busur yang kuat hanya tumbuh daripada akarnya

Pohon kurma pula hanya tumbuh jika ditanam pada tempatnya

Untuk membaca pengenalan, boleh membacanya di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------

Keganasan Bukanlah Jalan Ke Syurga: Respon Terhadap ISIS

Author: Shaykh Abdullah Bin Bayyah

Translator: Ahmad Naqiuddin

Publisher: ILHAM Books

Pages: 41 pp

Price: RM10

Bilingual: Malay & English

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad, Nabi kerahmatan dan kebijaksanaan. Begitu juga buat ahli keluarga baginda serta para sahabat yang telah banyak berjasa, semoga selawat dan salam ini sentiasa berkekalan curahannya buat mereka, sehingga hari akhirat.

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad, Nabi kerahmatan dan kebijaksanaan. Begitu juga buat ahli keluarga baginda serta para sahabat yang telah banyak berjasa, semoga selawat dan salam ini sentiasa berkekalan curahannya buat mereka, sehingga hari akhirat.

Nasihat ini saya tujukan kepada golongan pemuda yang mengangkat senjata, menentang negara mereka sendiri, lalu menghancurkan jiwa insan dan tanah air. Kalian telah meninggalkan nilai-nilai mulia yang sabit dalam agama dan memusuhi semua pihak. Saya menyeru kalian agar berhenti dan berfikir sejenak. Dengarkan nasihat ini sekiranya kalian benar-benar mahukan kebaikan buat umat.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Deklarasi Marakesh: Hak Minoriti Agama Dalam Dunia Majoriti Islam

Translator: Ahmad Naqiuddin

Publisher: ILHAM Books

Pages: 24 pp

Price: RM10

Bilingual: Malay & English

Melihat kepada keadaan di beberapa dunia Islam kini yang kian memburuk akibat daripada penggunaan senjata merbahaya sebagai jalan penyelesaian kepada konflik yang berlaku, serta menggunakannya sebagai cara bagi memaksa manusia agar turut kepada satu pendapat sahaja;

Memandangkan keadaan ini juga telah melemahkan autoriti serta kuasa kerajaan dan pemerintah yang sah, serta membuka ruang bagi golongan pengganas untuk bercakap dan mengeluarkan hukum atas nama Islam, lalu mereka melaksanakan segala konsep yang telah disalahfahami dengan mengabaikan konteks serta objektif di sebalik hukum tersebut, akhirnya hal tersebut memudaratkan segenap lapisan masyarakat;

Setelah mendapati bahawa golongan minoriti agama hidup dalam keadaan tertekan, dalam kalangan mereka ada yang dibunuh, diperhamba, dihalau, dan dihina sedangkan mereka telah hidup bersama orang Islam sejak sekian lamanya dalam suasana yang penuh toleransi dan bertolak ansur -hal ini diperakui sendiri oleh pakar sejarah yang jujur dalam penilaian mereka-;

Memandangkan bahawasanya jenayah-jenayah ini dilaksanakan atas nama Islam dan syariat, sedangkan ia adalah suatu pendustaan atas nama Allah dan rahmat Rasulullah, dan penganiaayan terhadap jutaan umat Islam yang dicela agama dan nama baik mereka. Umat Islam menjadi sasaran tuduhan, cercaan, dan kejian sedangkan mereka sendiri tidak terselamat daripada angkara jenayah tersebut;

Demi menjalankan tanggungjawab dan tugas ahli ilmu dalam memberi pencerahan, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang merupakan suatu fasa getir dalam sejarah umat Islam, demi memelihara nyawa dan nilai diri manusia, demi merealisasikan keamanan dalam hubungan sesama insan, demi menuntut hak kemanusiaan dan mengembalikan kemurniaan imej agama, demi menasihati dan memberi amaran kepada umat Islam tentang bahaya jenayah yang bertopengkan pakaian agama ini, yang mampu memecahbelahkan kesatuan dan kesejahteraan pada jangka masa pendek mahupun panjang;

Sempena memperingati ulang tahun ke 1400 daripada pembentukan Piagam Madinah, di bawah naungan Raja Maghribi Raja Muhammad ke-VI, sebuah persidangan dianjurkan di bandar Marrakesh di Maghribi - sebuah negara yang menjadi contoh negara Islam dalam meraikan hak-hak golongan minoriti agama dalam rekod dan catatan sejarahnya yang kaya dengan nilai nilai toleransi dan kebersamaan hidup antara orang Islam dan bukan Islam. Kebersamaan ini bertapak atas sifat kewarganegaraan, ataupun sebagai pelarian yang mencari perlindungan daripada musuh yang menzalimi mereka.

-----------

Shaykh Abdullah Bin al-Mahfoudh Bin Bayyah dilahir pada tahun 1935 di Timbedra, Mauritania. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal di dunia Barat mahupun dunia Islam. Beliau adalah mantan naib presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Setelah itu beliau mengasaskan Forum Mempromosi Keamanan dan Majlis Hukama Muslimin. Universiti Georgetown telah beberapa kali menobatkan beliau sebagai salah seorang daripada 50 orang Islam berpengaruh sejak 2009.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.