Memoir Hailani Muji Tahir: Jejak Langkah Menuju Puncak (cet. 2)

RM40.00
9789674121501
In stock
+

Memoir Hailani Muji Tahir: Jejak Langkah Menuju Puncak (cet. 2)

Editot: Hailani Muji Tahir

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121501

Year: 2018

Pages: 158 pp

Price: RM40

Memoir ini mengandungi pelbagai rentetan peristiwa sejarah hidup yang dilalui dalam hidupnya dari semenjak kecil, remaja, dewasa, ke tingkat pencapaian dan kejayaan kerjaya sehinggalah samapi kepada umur bersara. Turut dimuatkan termasuklah pengalaman beroganisasi dan penglibatan dalam kepimpinan. Beliau berpengalaman dalam menumpahkan cetusan idea bernas dalam berkarya yang boleh dilihat dalam beberapa buah penerbitan buku ilmiah. Setiap saat yang dilalui memberi pengertian yang sangat bermakna dan menjadi panduan dalam hidupnya yang berasaskan keunggulan sistem Illahi-al-Quran dan al-Sunnah. Pelbagai saranan bersifat tips panduan hidup yang diamalkan, terutamanya daripada Tok Guru Pondoknya, Pak Kiyai Haji Shamsuddin yang sekali gus menjadi pemudah cara dalam melakar kehidupan sehariannya dalam menjejak usaha menuju puncak kejayaan. Dalam apa jua usaha yang dilalui pegangan yang paling utama ialah keyakinan diri kepada setiap perkara yang hendak dilakukan. Dalam falsafah hidupnya biar sekecil mana masalah yang dihadapi jika perkara itu dianggap besar, maka besarlah jadinya. Begitulah sebaliknya, perkara sebesar mana yang dihadapi jika ia dianggap kecil maka kecillah jadinya dan mudah mengendalikannya. Hailani akan berusaha dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh sehinggalah usahanya itu akhirnya akan Berjaya. Dengan izin Allah, dalam sejarah hidup yang dilaluinya sehingga ke saat ini setiap impian yang diingini menjadi kenyataan. Untuk merasai nikmat hidup seperti yang diperolehnya banyaklah tips yang diselitkan dalam memoir ini untuk menjadi panduan yang sangat mudah untuk diikuti. Asas utama yang paling penting ialah pengakuan syahadah yang diucapkan itu mestilah diamalkan secara kulli, menyeluruh dalam sistem seperti Sultan Muhammad al-Faith mengamalkan ilmu laduni untuk menundukkan kota Constantnople. Adalah diharapkan agar rakaman cetusan idea ini dapat memberi panduan yang jelas dan bermanafaat kepada pencinta ilmu warisan Islam dan budaya fitrah manusia yang pastinya jika diamalkan secara ikhlas dan holistik akan memberi keharmonian dan kesejahteraan hidup insan yang bersifat mukmin, muhsin dan muttaqin.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US