Pemikiran Yusuf Al Qaradhawi dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Dakwah, Politik dan Masyarakat

RM20.00
10 days
9789671178218
Out of stock

Pemikiran Yusuf Al Qaradhawi dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Dakwah, Politik dan Masyarakat

Author/Editor: Zulkifli Hasan

ISBN: 9789671178218

Publisher: ABIM

Buku ini secara umumnya cuba mengetengahkan pemikiran dan pendekatan Yusuf Al Qaradhawi yang sangat sesuai untuk dijadikan rujukan oleh masyarakat. Secara jelas, pengaruh Yusuf Al Qaradhawi begitu dirasakan dan dapat dilihat dalam membina tasawwur gerakan dakwah, pendekatan politik dan kesannya yang signifikan kepada masyarakat. Pendekatan dinamik untuk memahami Shari'ah melalui beberapa konsep fiqh dan manhaj yang beliau anjurkan seperti fiqh al nusus, fiqh al waqi', fiqh al muwazanat, fiqh al awlawiyat, fiqh al taghayyur, fiqh al jihad, fiqh al thaurah, fiqh al iqtisadi al Islami, fiqh al aqalliyyat, fiqh al wasatiyyah, fiqh al dakwah dan manhaj salafi adalah sangat bertepatan dengan apa yang diperlukan pada hari ini. Buku ini memuatkan lima artikel oleh tokoh dakwah terkenal, Dato' Dr. Siddiq Fadzil dan ahli akademik muda, Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali, Dr. Zulkifli Hasan, Dr. Mazlee Malik serta tokoh muda gerakan Islam, Timbalan Presiden Abim, Al Fadhil Ustaz Mohd Naim Mohd Noor. Buku ini juga mempersembahkan "Amanat Khas Al Qaradhawi" kepada umat Islam di Malaysia yang dirakam khusus semasa kunjungan wakil ABIM di Doha, Qatar pada 2 Oktober 2012.

Berdasarkan kepada kajian dan analisa terhadap pemikiran dan sumbangan Yusuf Al Qaradhawi terhadap gerakan dakwah, politik dan masyarakat seperti yang terkandung dalam kesemua penulisan yang dimuatkan dalam buku ini, dapatlah disimpulkan bahawa Yusuf Al Qaradhawi merupakan tokoh yang perlu dikaji pemikirannya secara menyeluruh. Sebagai seorang ilmuan fiqh dan ulama haraki, Yusuf Al Qaradhawi telah memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada gerakan dakwah Islam, pencetus gerakan wacana politik baru yang moderat dan ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu. Melalui karyanya yang sudah melebihi 120 buah buku, program televisyennya yang ditonton oleh puluhan juta umat, aktiviti kemasyarakatannya, organisasi dan entiti yang diasaskannya dan pelbagai sumbangan yang lain, Yusuf Al Qaradhawi sudah tentu merupakan antara pemikir yang paling berpengaruh di dunia Islam. Semoga buku ini akan dapat memberi manfaat ke arah memperkasakan agenda dakwah melalui kefahaman terhadap pemikiran Yusuf Al Qaradhawi dan seterusnya mampu menyumbang ke arah usaha untuk meneruskan agenda kebangkitan Islam

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.