Pendirian Islam terhadap Seni, Ilmu dan Falsafah​

RM50.00
10 days
Out of stock

Pendirian Islam terhadap Seni, Ilmu dan Falsafah

Author: Syeikh Dr. ‘Abd al-Ḥalīm Maḥmūd (Syeikh al-Azhar 1973-1978)

Translator: Abdul Rauf bin Baharuddin & Muhammad Najmi Rohaizad bin Mohd Nazri

Publisher: Nizamiyyah Institute

ISBN:

Year: 2018

Pages: 362 pp

Price: RM50

Garis kasar pemikiran Islam dalam berhadapan dengan khazanah keilmuan Barat dalam segenap aspeknya ditawar dalam karya Syeikh al-Azhar ini. Di kala sebahagian modenis muslim ditimpa ‘kompleks rendah diri’ kesan daripada penjajahan dan kemunduran umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan, buku ini tampil menyatakan sikap Islam terhadap ilmu yang menjangkaui aspek kebendaan (māddah) serta alam buana yang nampak ini. Tidak seperti gelombang kebangkitan Barat yang menyempitkan ta‘rīf ilmu sebatas yang dapat dicerap oleh pancaindera yang disinonimkan dengan sains, ia menghapuskan dongengan bahawa agama (khususnya Islam) bertentangan dengan ilmu pengetahuan dengan membahaskan persoalan epistemologi dan metodologi ilmiah kedua-dua tamadun.

Sikap Islam terutamanya terhadap khazanah pemikiran Barat yang menyangkut lapangan metafizik, akhlak dan nilai serta aspek sistem perundangan diberi fasal tersendiri selain sikap Islam terhadap topik-topik falsafah yang sama turut dibahas dengan sangat kritis. Di sini, kita boleh membaca ketaksetujuan Syeikh terhadap gagasan ‘pengharmonian antara agama dan falsafah’ yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Ibn Tufayl, selain analisa Syeikh yang sangat tajam membedah ciri-ciri kelemahan falsafah dalam bidang-bidang yang dinyatakan. Bagi golongan sasterawan dan pangarang, buku ini turut memerincikan pendirian Islam terhadap seni dengan aneka jenis-jenisnya daripada syair membawa kepada prosa, lukisan, arca dan teater. Bukan sahaja persoalan hukum, ia turut menyinggung kritikan Plato terhadap seni yang dianggap berada pada ‘kelas ketiga’ yang merupakan bayangan bagi bayangan (teori mimesis), selain turut mengkritik gagasan ‘seni untuk seni’ yang pernah menjadi polemik hangat dalam dunia sastera di peringkat global suatu ketika dahulu.

Syeikh juga menjawab persoalan mengenai seni dan sastera yang dijadikan alat kempen serta propaganda aliran-aliran ideologi tertentu. Akhirnya buku ini disudahi dengan penjelasan mengenai akhlak Islam yang didasari oleh akidah. Walaupun Syeikh mengangkat tokoh-tokoh sufi di sepanjang karya ini, tetapi yang pastinya tasawuf yang Syeikh maksudkan adalah tasawuf yang beramal dan bukan sekadar bersifat teori semata-mata. Justeru, bukanlah suatu yang mengejutkan sekaligus membakar semangat beramal; Syeikh tegaskan di sini tentang peri-pentingnya akhlak Islam dimanifestasikan dengan konsep ‘jihad’ dan ‘amar makruf nahi munkar’ di setiap peringkat berdasarkan kemampuan masing-masing sebagai bukti kepada pegangan akidah yang menjadi asas kepada akhlak Islami.

Sebuah karya yang mesti dimiliki!

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.