Perjalanan Politik Khaled Nordin: Sebuah Biografi

RM68.00
978-983-100-723-5
In stock
+

Perjalanan Politik Khaled Nordin: Sebuah Biografi

Author: Roosfa Hashim

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-723-5

Year: 2015

Pages: 216 pp

Price: RM68

Khaled tergolong dalam kalangan ahli politik yang jauh daripada konflik mahupun kontroversi. Beliau tidak dikenali sebagai seorang orator. Ucapannya juga lurus tidak bersulam pantun, petikan pujangga agung mahupun hadis nabi. Khaled juga tidak gemar bermain kata-kata atau menabur janji, sebaliknya beliau mengutamakan khidmatnya kepada parti dan rakyat. Kehidupan peribadinya juga tidak diketahui ramai. Putera kedua daripada lapan beradik daripada pasangan Nordin dan Hamidah ini membesar dalam kehidupan yang cukup sederhana.

Pada 1983, Khaled memulakan langkah awalnya ke kancah politik apabila Datuk Shahrir Samad, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu telah melihat potensi yang ada pada diri anak muda yang berasal dari Muar ini. Khaled dipilih menjadi Setiausaha Politiknya. Shahrirlah guru politiknya dan Khaled setia dengan mentornya itu dalam jatuh bangun serta kemelut politik dalaman UMNO. Pada satu ketika, perjalanan politiknya seakan-akan buntu.

Oleh sebab kesetiaannya dan iltizamnya terhadap UMNO nama Khaled tersenarai sebagai calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang ke-8. Khaled menang dan menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru. Khaled kemudiannya dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya antara 1999 – 2004 dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008. Khaled mendapat cabaran yang lebih besar apabila bertukar portfolio sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Nama Khaled kemudian mula disebut-sebut akan kembali ke Johor sebagai calon Menteri Besar. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, spekulasi itu lebih kuat dan lantang. Khaled diketahui mempunyai hubungan yang baik dengan baginda Sultan Johor sejak zaman persekolahan lagi. Pada 20 Jun 2013, Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US