Rashid Rida: Pengaruhnya Di Malaysia

Old price: RM60.00
RM56.40
You save: RM3.60 (6%) Save 6%
10 days
978-983-100-467-8
In stock
+

Rashid Rida: Pengaruhnya Di Malaysia

Author: Mustaffa Abdullah

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-467-8

Year: 2009

Weight: 0.200 kg

Pages: 248 pp

Price: RM60

Rasyid Rida merupakan tokoh tafsir yang terkemuka. Idea, buah fikiran dan gagasan yang dilontar dalam karyanya Tafsir al Manar boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Malahan agenda pembaharuan Islam yang diperjuangkan olehnya membawa pengaruh kepada perkembangan Islam
khususnya di alam Melayu. Pembaharuan dalam beberapa bidang termasuk tafsir berjaya memartabatkan pengajian tafsir ke tahap sewajarnya dengan menggunakan pelbagai metode, corak dan gaya dalam mentafsir al-Quran. Antara bentuk tafsir yang diketengahkannya menyentuh pelbagai aspek merangkumi agama, politik, masyarakat dan sebagainya. Rasyid Rida berusaha menghubungkan ajaran al-Quran dengan masyarakat di samping membuktikan Islam sebagai agama universal, abadi dan sesuai dengan perkembangan zaman. Penerapan juga dilakukannya dalam sistem politik dengan mengemukakan gagasan kesatuan umat Islam sambil menolak sekularisasi Barat yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara. Aliran pemikiran ini memberi kesan mendalam kepada perkembangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Tafsir al-Manar jugaadalah menifestasi daripada pemikirannya dalam memahami kandungan al-Quran. Idea-idea beliau yang terarah kepada pembaharuan Islam dalam aspek agama, pendidikan, sosial dan politik wajar diketengahkan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam. Penulisan buku ini juga mengenal pasti sumber dan metodologi yang digunakan oleh Rasyid Rida dalam mentafsir ayat al-Quran serta mengetengahkannya secara ilmiah sebagai rujukan kepada individu dan masyarakat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Bestseller