Strategi Implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

RM188.00
978-983-100-810-2
In stock
+

Strategi Implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Author: Mohammed Sani Ibrahim Ahmad Zabidi Abdul Razak Husaina Banu Kenayathulla

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-810-2

Year: 2015

Weight: 0.500 kg

Pages: 840pp

Price: RM188

Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada para pemimpin pendidikan, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat serta ahli-ahli akademik untuk membolehkan mereka memahami falsafah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, konsep kepimpinan yang berkualiti yang diperlukan oleh institusi-institusi pendidikan masa kini dan masa hadapan. Kebanyakan pemimpin sekolah adalah asalnya datang daripada pelbagai peringkat dalam profesion keguruan. Apabila mereka diberi peluang untuk menjadi pengetua atau guru besar, mereka perlu mempunyai pengalaman profesional yang mencukupi. Secara amalannya, perjalanan daripada status guru kepada pemimpin adalah proses transisi dan incremental yang menjadikan aktiviti-aktiviti pengajaran mereka di bilik-bilik darjah bertukar kepada aktiviti-aktiviti kepimpinan dan pengurusan. Oleh itu, satu faktor penting dalam membolehkan pemimpin-pemimpin untuk membina dan memupuk kesedaran terhadap tujuan dan fungsi sekolah, dan untuk menggerakkan penambahbaikan sekolah, ialah perlunya pembangunan secara berterusan untuk guru-guru dan para pemimpin. Oleh itu buku ini lebih menggunakan pendekatan untuk `membimbing’ pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar novis bagi memahami skop tanggungjawab mereka di sekolah, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa serta ahli-ahli komuniti dan menunjukkan langkah demi langkah ke arah menjadikan sekolah-sekolah mereka lebih berkesan, berprestasi tinggi, yang boleh meningkatkan keberhasilan pelajar mereka seperti mana yang dihasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Dr Mohammed Sani Ibrahim ialah Felo Penyelidik Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Dr Ahmad Zabidi Abdul Razak ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Dr Husaina Banu Kenayathulla ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US