PRE ORDER Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan

List price: RM35.00
RM28.00
You save: RM7.00 (20%) Save 20%
10 days
9789672007371
In stock
+
PRE ORDER Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan - Sebuah Biografi Saari Sungib

Author: Dr Hamdi Ibrahim

Publisher: ILHAM Press

ISBN: 9789672007371

Weight: 0.35 kg

Year: 2020

Page: 280 pp

Price: RM35

Abu Urwah: Legenda Tanpa Soroton adalah sebuah buku yang menceritakan “the untold story” mengenai sosok Saari Sungib, seorang tokoh gerakan Islam yang cukup terkenal dengan bukunya Risalah Usrah. Buku yang menjadi fenomenal terutama dalam gerakan Islam di Asia Tenggara pada dekad-dekad 1980an sehingga 2000an.

Hampir menjadi pemain hoki kebangsaan, menjadi pemimpin mahasiswa semasa zaman belajarnya di UK, mengasaskan Jamaah Islah Malaysia (JIM), terjun ke medan siasah semasa zaman kemuncak reformasi 1998 dan ditahan akta ISA serta lain-lain antara cerita-cerita yang menarik yang ada dalam buku biografi ini. Buku ini juga mendedahkan tentang IRC - Islamic Representative Council - sebuah pertubuhan pelajar yang berpengaruh dan kontroversi.

------------------

Seorang yang dikatakan legenda, siapa pun dia, tidak akan pernah dilupakan, walaupun tanpa sorotan. Perjalanan hidup serta sudut pandang epistemologinya, akan terus membuat darah muda yang sedang mencari arah baru menggigil kerana terinspirasi.

Penulis sedar bahawa Saari Sungib – Abu Urwah, tidak begitu selesa buku ini diberi judul Legenda Tanpa Sorotan. Baginya panggilan legenda itu hanya mahu memaksudkan seseorang itu hebat dan luar biasa. Mana mungkin? Ini menyalahi prinsip kerja dan perjuangannya! Apa yang dihayatinya sepanjang hidupnya adalah bergerak mestilah berjamaah. Berpegang kukuh kepada dalil dan hujah. Bertindak atas landasan syura dan amal jamaie.

Abu Urwah tidak membina kemenangan atau kekuatan di atas personaliti individu atau jenama mana mana kumpulan. Dia bersama-sama mencetuskan syura, melakarkan wawasan, mengatur sumber dan menggembleng tenaga. Mula dengan bismillah dia pun bekerja. Selepas itu dia bekerja dan terus bekerja. Tidak ada sorotan yang perlu dicatatkan. Sorotan tidak dibina atas nama seseorang. Tetapi pengajaran meresap dan menyerap ke akar umbi dan akal budi golongan mukhlisin. Dia datang membantu dan memberikan yang terbaik selepas itu beredar pergi.

------------------

"Saya sudah mengenali Saari Sungib lebih 38 tahun. Perkenalan ini berlaku semasa kami sama-sama menggerakkan dakwah, tarbiah serta usaha-usaha sukar mendirikan institusi pendidikan rendah dan menengah sejak tahun 1982 lagi. Beliau banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan amal dakwah dan islah, termasuk meninggalkan jawatan sebagai seorang pensyarah sebuah universiti tempatan semata-mata untuk memberikan khidmat sepenuh masa dalam meneraju dakwah terutamanya semasa era Jemaah Islah Malaysia (JIM). Beliau adalah di antara tulang belakang dan pemikir dalam usaha membina sistem dan institusi pendidikan bersepadu Al- Amin dan Musleh yang sebahagiannya telah diselaraskan di bawah JIM dan kini dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Beliau merupakan seorang yang berbakat tinggi dalam penulisan. Ini telah dibuktikan menerusi senarai buku, monograf, ucapan, esei, puisi, artikel dan prakata buku yang ditulisnya. Beliau adalah seorang yang tegas. Tidak diragui bahawa ketegasan inilah juga yang telah menyebabkan dua kali beliau dipenjarakan tanpa bicara di bawah Internal Security Act (ISA)".

Al-Fadhil Ustaz Alias Othman, Mantan Timbalan Presiden JIM


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI