​Akidah Tauhid Ibn Taymiyyah

RM30.00
10 days
9789674400880
In stock
+

Akidah Tauhid Ibn Taymiyyah

Author: Amal Fathullah Zarkasyi

Publisher: USIM Press

ISBN : 9789674400880

Year: 2014

Weight:

Pages: 227

Price : RM 30

Buku ini membincangkan berkenaan tokoh yang amat terkenal dalam gerakan pembaharuan ilmu bukan sahaja di dunia Arab, malah juga di dunia Islam yang lain. Ikhtiar Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dalam meletakkan manhaj (konsep) baharu akidah Islam merupakan salah satu ikhtiar pembaharuan untuk memperkukuhkan projek besar sistem pembangunan Islam; sebuah projek besar yang dibangunkan atas dasar prinsip-prinsip tajdid dan ishlah (reformasi) multi aspek. Dalam situasi pemikiran dunia Islam yang dikuasai oleh para Falasifah dan Mutakallimun dengan konsep tauhidnya yang lebih bersifat falsafah daripada pandangan, Ibn Taymiyyah bangkit dengan mengkritik konsep mereka dan menganjurkan konsep tauhid baru yang sememangnya berbeza daripada konsep mereka yang selalu berorientasikan kepada ajaran al-Quran dan al-Hadith. Satu penerokaan dan perbahasan yang menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Amal Fathullah Zarkasyi, dilahirkan di Ponorogo, pada tahun 1949, merupakan pensyarah Institut Studi Islam Darussalam, Pondok Modern Gontor Ponorogo, Jawa Timur, dalam bidang Akidah, Ilmu Kalam, Tasawuf dan Filsafat Islam.

Pada tahun 1973, beliau memperoleh Sarjana Muda dari Institut Pendidikan Darussalam Pondok Modern Gontor, Ponorogo. Gelaran Sarjana pula diperoleh daripada Fakulti Usuluddin dalam bidang Perbandingan Agama, IAIN Sunan Ampel Surabaya, pada tahun 1978. Kemudian, gelaran MA diperoleh daripada Fakulti Darul Ulum Universiti Cairo, Mesir jurusan Filsafat Islam pada tahun 1987. Mempunyai Ph.D dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2006. Kini, beliau menjawat jawatan sebagai Pembantu Rektor IV ISID pada tahun 2006 sehingga sekarang. Beliau adalah anggota Tim Diknas dalam penyetaraan Madrasah KMI bersama SMU pada tahun 2001-2005.

Antara buku-buku tulisan beliau ialah: Theology Hindu Dharma dan Islam (1996), Manhaj al-Bahth al-Falsafi (1997), 'Ilmu Kalam (1998), al-Salaf wa al-Salafiyyah fi al-Fikr al-Islami (2002), Nazariyah al-Fana 'inda Abi Yazid al-Bustami (2003), al-Ittijah al-Salafi fi al-Fikr al-Islami al-Hadith bi Indonesiya (2006).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI