Al-Qarinah Dalam Hukum Hudud

RM20.00
10 days
9789834900137
In stock
+

Al-Qarinah Dalam Hukum Hudud

Author: Luqman Abdul Mutalib, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Abd Hamid Abd Murad

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 978-983-49-0013-7

Year: 2018

Weight: 0.150 kg

Pages: 204

Price: RM20

Dalam undang-undang keterangan Islam yang melibatkan kes-kes sivil atau jenayah, terdapat beberapa kaedah pembuktian yang boleh digunakan, antaranya termasuklah keterangan saksi, pengakuan bersalah, sumpah, al-qarinah, al-kitabah, pendapat pakar dan ilmu qadhi. Al-Qarinah ialah himpunan bukti yang mendukung antara satu sama lain sehingga membentuk satu kesimpulan yang kukuh. Bukti atau keterangan yang tepat dan benar merupakan antara faktor utama yang menjamin pelaksanaan keadilan dalam sistem kehakiman. Tanpa bukti dan keterangan yang tepat dan benar, seseorang tidak dapat menuntut keadilan di mahkamah. Mantan Syeikh al-Azhar, al-Syeikh Abdul Rahman Taj berpandangan bahawa adalah keterlaluan bagi seseorang hakim dalam membuat keputusan jika dia hanya membataskan kaedah pembuktian kepada syahadah, pengakuan dan keengganan bersumpah tanpa mengambil kira al-qarinah dan bukti sekeliling, padahal kedua-dua dalil tersebut ada kalanya lebih kuat dan hampir kepada kebenaran dan keadilan.

Buku ini mengupas kepentingan dan kekuatan al-qarinah sebagai dalil sabitan dalam kesalahan jenayah hudud seperti zina dan qazaf. Topik ini sangat relevan untuk dibincangkan, terutama dalam proses memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia. Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan bahan rujukan oleh ahli akademik dan pelajar universiti, malah boleh dibaca oleh masyarakat umum yang cakna dan berminat terhadap perkembangan perundangan Islam. Buku ini hasil tulisan tiga orang pensyarah dari Fakulti Syariah dan undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, iaitu Profesor Madya Dr. Lukman Abdul Mutalib, Profesor Madya Dr. Abdul Fattah Wan Ismail dan Abd Hamid Abd Murad.Dalam undang-undang keterangan Islam yang melibatkan kes-kes sivil atau jenayah, terdapat beberapa kaedah pembuktian yang boleh digunakan, antaranya termasuklah keterangan saksi, pengakuan bersalah, bersumpah, al-qarinah, al-kitabah, pendapat pakar dan ilmu qadhi. Al-Qarinah ialah himpunan bukti yang mendukung antara satu sama lain sehingga membentuk satu kesimpulan yang kukuh.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI