​Amalan Pengilangan yang Baik & Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal: Tahap Kefahaman dan Penyelesaian

RM30.00
9789672388890
In stock
+

Amalan Pengilangan yang Baik & Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal: Tahap Kefahaman dan Penyelesaian

Author: Maaruf Abd Ghani, Izzreen Ishak & Mohd Bakri Jali
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388890
Weight: 0.380kg
Year: 2020
Page: 249
Price: RM30

Adakah kerjaya dan bidang anda terlibat dalam keselamatan di industri makanan? Buku ini akan membantu anda mengetahui secara jelas melalui tahap kefahaman pihak yang terlibat dengan sistem keselamatan makanan terhadap keberkesanan amalan GMP dan HACCP yang telah dibangunkan di industri makanan. Buku ini fokus kepada tahap kefahaman GMP: Reka Bentuk dan Kemudahan, Prinsip 1 HACCP: Pengenalpastian Bahaya dan Prinsip 2 HACCP: Penentuan Titik Kawalan Kritikal (CCP) di kalangan 96 responden daripada industri, perunding dan pihak berkuasa di Malaysia. Pengelasan tahap kefahaman daripada pengumpulan hasil keputusan ditentukan melalui jadual yang dibangunkan dan dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi. 

Tahap kefahaman yang rendah dan sederhana di kalangan kumpulan responden boleh dibahagikan kepada lokasi, jenis bahan binaan, spesifikasi, reka bentuk dan ciri-ciri binaan, dan prosedur proses kerja. Pihak berkuasa menunjukkan tahap kefahaman yang rendah dan sederhana tertinggi kepada keperluan reka bentuk dan kemudahan. Tahap kefahaman rendah dan sederhana yang tertinggi daripada industri ialah langkah awalan dan pengenalpastian bahaya yang berkaitan langsung dengan penggunaan pohon keputusan. Pihak industri merupakan kumpulan responden yang paling bermasalah di dalam penentuan CCP. Sebagai kesimpulan, berlakunya kekeliruan kepada keperluan reka bentuk dan kemudahan, pengenalpastian bahaya dan penentuan titik kawalan kritikal (CCP) di kalangan kumpulan responden.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US