​Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini

RM50.00
9789674126384
In stock
+

Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini

Author: Asyaari Muhamad

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126384

Pages: 336pp

Year: 2018

Weight: 0.376kg

Price: RM50

Buku Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan Kini membicarakan tentang perkembangan penyelidikan arkeologi di Malaysia khususnya dari tahun 1980-an hingga 2018. Bidang arkeologi yang akan disentuh dalam buku ini bermula dari era prasejarah, protosejarah, sejarah dan maritim. Selain itu, isu berkenaan teori perkembangan awal arkeologi di Malaysia, hala tuju bidang ini serta saranan demi memperkasakan bidang arkeologi di Malaysia turut disentuh. Perubahan pendekatan dan kaedah kajian dalam bidang arkeologi dari tahun 1980-an hingga kini turut dimuatkan demi melihat kronologi pendekatan serta perubahan yang digunakan dalam mengkaji bidang ini di Malaysia. Ia perlu ditekankan dalam kaedah kajian sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi secara global. Penemuan data baharu terutamanya rangka manusia prasejarah di Terengganu, tapak kerajaan awal zaman protosejarah di Sg. Batu, Kedah serta penerokaan dan pemerkasaan bidang arkeologi maritime di Malaysia juga dibincangkan dalam buku ini. Tiga penemuan terbaru terutamanya rangka manusia terawal di Terengganu, tapak arkeologi tamadun awal di Sg. Batu serta penerokaan maritim Pulau Bidong, Terengganu menjadi pemankin serta sumbangan yang besar terhadap korpus ilmu arkeologi di Malaysia khususnya. Buku ini juga mendedahkan peranan, keupayaan dan kredibiliti penyelidik tempatan yang setanding dengan penyelidik arkeologi luar negara terhadap penyelidikan dan interpretasi tentang sumber data arkeologi tempatan. Pendedahan mengenai penemuan terbaharu arkeologi negara di beberapa tapak arkeologi diharap dapat membantu pembaca awam, para penyelidik dan pelajar dari pelbagai peringkat meningkatkan pengetahuan mereka terutamanya tentang perkembangan penulisan dan penyelidikan arkeologi terkini di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US