​Asas Tadbir Urus Islam

RM50.00
10 days
9789674608033
In stock
+

Asas Tadbir Urus Islam

Author: Maszlee Malik

Publisher: ITBM

ISBN: 9789674608033

Year: 2019

Pages: 364pp

Price: RM50


Pengungkapan aksiom, prinsip dan nilai asas dalam menunjangi bidang tadbir urus diteroka dan dianalisis dalam buku ini, dalam usaha merumuskan pembentukan "Tadbir Urus Islam" dengan mengambil kira aspek kepercayaan, budaya dan konteks. Karya diskursif dan abstrak ini cuba menghasilkan satu kerangka "tadbir urus baik" dalam rumusannya sendiri model dinamik yang dibentuk oleh nilai, selaras menurut maqasid al-Syariah yang mencadangkan suatu model tadbir urus institusional berasaskan kaedah fiqh klasik.

Menerusi pendekatan diskursif analitikal secara eksklusif dalam buku ini, pembaca akan mendapati bahawa Islam diyakini mampu menjadi pemberdaya dalam menghasilkan insan homo-Islamicus yang beriman dan berihsan yang dapat menyumbang secara kolektif ke arah pembangunan masyarakat melalui tadbir urus. Usaha ini merupakan satu lagi ijtihad berteraskan pandangan hidup bertauhid dengan ontologi eksplisitnya menerusi epistomologi deskriptif terarah yang mementingkan pembangunan insan mapan sebagai prasyarat utama yang menentukan kejayaan pembangunan sesebuah negara.

Buku ini sangat berguna sebagai bacaan umum masyarakat sebagai pedoman bagi membentuk dan memantapkan ciri kepimpinan pada semua peringkat, dan menjadi rujukan para pelajar, lebih-lebih lagi kalangan pentadbir serta penjawat awam dan swasta.

Maszlee Malik ialah mantan pensyarah di Fakulti Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari Durham University di Durham, UK dalam bidang Tadbir Urus Baik. Bidang kajian beliau menjurus dalam perundangan Islam (fiqh), Pemikiran Politik Islam Klasik dan Kontemporari, serta Gerakan Islam dan Tadbir Urus Baik. Beliau ialah penulis buku Good Governance: A Critical Introduction dan Good Governance: Civil Society and Islam. Beliau kini memegang portfolio Menteri Pendidikan Malaysia sejak Mei 2018.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.