​Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim

RM52.00
9789674881184
In stock
+

Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim

Author: Makmor Tumin

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881184

Pages: 194pp

Year: 2019

Weight: 0.328kg

Price: RM52

Globalisasi dan faedah daripada perkembangan teknologi maklumat telah digunakan oleh pelbagai pihak bagi mengembangkan dan mengukuhkan pegangan agama dan ideologi politik masing-masing. Dalam situasi seumpama inilah pelbagai karya yang ditulis oleh ahli-ahli falsafah politik Islam banyak diketengahkan ke persada antarabangsa.

Sungguhpun begitu, rata-rata tulisan yang ada hanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, dan ia tentunya menyukarkan kumpulan yang hanya mahir satu bahasa sahaja seperti bahasa Melayu, bahasa yang setidaktidaknya masih menjadi lingua franca di Nusantara. Buku ini mengangkat idea-idea falsafah politik Islam dari sudut pandangan beberapa tokoh cendekiawan Muslim yang merangkumi cendekiawan dari pelbagai aliran, kebanyakannya dari Ahli Sunnah wal Jamaah dan beberapa dari aliran Syiah.

Seramai 12 cendekiawan Islam diulas buah fikiran mereka masing-masing, bukan sahaja dari segi akidah dan teologinya, bahkan yang lebih khusus berkaitan dimensi politik atau siyasahnya. Dua belas tokoh yang dimaksudkan ialah al-Farabi, Ibnu Sina, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Rusyd, al-Tusi, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Khaldun, al-Majlisi, Shah Waliullah, al-Tunisi dan al-Fathani.

Selain daripada pertimbangan aliran akidah dan politik tokoh-tokoh cendekiawan yang dihuraikan dalam buku ini, pertimbangan dari segi lingkungan kuasa pemerintahan (yang mana tokoh-tokoh berkenaan, sama ada secara langsung atau tidak, mendapat naungan politik) juga diambil kira dalam buku ini. Lingkungan kuasa politik yang dimaksudkan di sini termasuklah semasa pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, Dinasti Safavid, Dinasti Mughal serta kuasa pemerintahan Kesultanan Melayu di Nusantara.

Diharapkan buku ini dapat menambah khazanah penulisan dalam bahasa Melayu yang cuba memudahkan huraian tentang isu-isu abstrak kepada pembacanya seperti persoalan akidah dan falsafah Islam, khususnya akidah dan falsafah politik tokoh-tokoh Islam.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US