MAQASID SHARIAH ITU KEADILAN BUKAN KESAMARATAAN
Beberapa orang lelaki dan perempuan telah bertanya saya tentang cadangan pindaan akta undang-undang di Tunisia bagi membolehkan pembahagian sama rata kepada lelaki dan perempuan dalam pembahagian harta pusaka atau Faraid. Usaha ini dilakukan oleh pemerintah atas alasan bagi mencapai Maqasid (tujuan) Shariah.
Jawapan saya adalah kesamarataan bukanlah sebahagian daripada Maqasid Shariah dalam perbincangan mengenai pembahagian harta pusaka ini. Maqasid Shariah adalah bagi mencapai keadilan dan kesaksamaan. Benar, semua manusia diciptakan sama rata daripada seorang insan (Adam), mereka juga sama rata dalam konteks tiada orang Arab mempunyai darjat dan kemuliaan yang lebih tinggi daripada bukan Arab dan sebaliknya seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah.
Kesamaan hak ini berlaku dalam konteks kemuliaan manusia, kemampuan untuk melaksanakan suruhan Allah, peluang pahala dan dosa daripada Allah. Manusia juga semuanya sama dari sudut Shariah dan tiada perbezaan dari sudut hak dan tanggungjawab seperti solat, zakat, puasa, dan haji.
Menggunakan jalan keganasan sebagai penyelesaian bagi konflik kemanusian dalam hubungan antara sesuatu pihak dengan yang lain, bukanlah suatu perkara yang baru. Perbuatan memilih pendekatan ganas dalam kalangan penduduk bumi ini bukanlah suatu perkara baru yang mengejutkan setelah kita dengar tentang kisah perbalahan antara dua orang anak Nabi Adam.
Terdapat pelbagai bentuk faktor keganasan. Kadangkala ia berlaku kerana sebab yang besar seperti ingin merampas kerajaan dan kekuasaan, dan kadangkala ia berlaku atas sebab yang remeh seperti berjudi dan berlumba kuda.
Dalam sejarah Arab purba sendiri tertulis tentang perang al-Basūs, suatu perang yang berpanjangan selama 40 tahun antara kabilah yang bersaudara iaitu Taghlib dan Bakar, sedangkan kedua-duanya berbapakan Wā’il. Pergaduhan tersebut berpunca daripada seekor unta betina yang masuk ke kawasan Kulayb lalu Kulayb membunuh unta tersebut.
Segala puji kepada Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia, Penutup kepada para RasulNya, Muhammad SAW, dan kepada keluarganya dan para Sahabat, golongan yang terpuji dan yang murni, dan juga kepada sesiapa yang menuruti mereka dengan ihsan hingga ke hari kiamat.
Saya telah meneliti karya
yang ditulis oleh saudara kami, Dr. Ahmad Badri
Abdullah, dan mendapati beliau telah memberikan sumbangan yang bermanfaat dalam
rangka pengaplikasian disiplin maqasid al-shari’ah, sebagai sebuah kajian
lanjutan berkaitan bidang ilmu maqasid dan pemikiran sistem serta pendekatannya
yang bersifat komprehensif dalam menangani sebarang isu. Permasalahan mendesak
pada pola pemikiran Muslim dalam era moden ialah pemikiran berbentuk
terpisah-pisah, reduksionis serta sempit. Bentuk pemikiran tersebut melihat
realiti hanya menerusi limitasi sudut pandang yang sempit, dan hanya menilai
sebarang peristiwa melalui perbandingan luaran yang cetek. Pemikiran dalam bentuk ini menatijahkan
kebekuan pendirian, dan pandangan serta tafsiran-tafsiran yang tidak kukuh
asasnya, malah tidak sabit sama ada dari aspek rasional ataupun Syarak.
Pemikiran sebegini sudah tersebar dan kukuh dalam minda sebahagian Muslim yang
menyebabkan mereka lemah dalam membezakan antara elemen yang bersifat tetap
(thawabit) dengan peruntukan yang berubah-ubah (mutaghairat), juga tidak
mempunyai seni mengimbangi antara keduanya agar aspek yang kekal tidak
dihapuskan manakala aspek yang berubah tidak dibekukan.
Bismilliharrahmanirrahim
Karya yang dihasilkan oleh Dr. Ahmad Badri Abdullah ini, merupakan sumbangan akademik yang bermanfaat khususnya bagi golongan penuntut ilmu, para pengkaji serta mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap wacana hukum Islam semasa.
Karya ini cuba membuka dimensi baharu dalam perbahasan hukum Islam melalui pengintegrasian dengan bidang pemikiran sistem. Saya mendapati pendekatan ini amat menarik untuk diamati kerana memperlihatkan sıfat wacana hukum Islam yang dinamik serta kemampuannya untuk berintegrasi dengan disiplin ilmu lain meskipun daripada tradisi yang berbeza. Ini turut membuktikan bahawa, Islam secara asasnya mampu berinteraksi secara positif dan harmonis dengan tradisi keilmuan Barat yang bukan sahaja dalam bentuk pertentangan dan konflik semata-mata.
Isu-isu pemikiran dan persoalan-persoalan hukum yang dibangkitkan dalam karya ini turut menarik untuk diperhatikan secara lebih dekat. Ini kerana isu yang melibatkan hubungan timbal-balik antara peruntukan nas-nas syarak dan maslahah akan sentiasa timbul dari masa ke semasa. Seringkali isu-isu sedemikian ditangani tanpa mengambil pendekatan yang bersifat menyeluruh dan akhirnya mencetuskan konflik yang tidak berkesudahan. Karya ini, pada hemat saya, cuba menawarkan sebuah perspektif kepada pembaca, bahawa isu-isu hukum tersebut perlu diuruskan secara bijak dengan mengambilkira pelbagai aspek yang dilihat signifikan.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala syukur dan puji bagi Allah yang maha esa lagi berkuasa yang menganugerahkan hidayah dan keupayaan untuk merealisasikan penerbitan “Maqasid al-Shari’ah Antara Nas dan Maslahah Suatu Pendekatan Sistem ”. Penerbitan ini merupakan usaha terpuji penulis untuk menghasilkan karya rujukan yang komperehensif dan informatif ke arah mendidik masyarakat memahami dan menghayati Maqasid al-Shari’ah.
Wacana Maqasid al-Shari’ah kini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat dan semakin giat dibicarakan oleh pelbagai pihak. Ini seiring dengan keterujaan ramai pihak untuk mempertontonkan Islam itu sebagai agama yang bersifat ‘universal’ atau sejagat. Kebangkitan kesedaran mengenai Maqasid al-Shari’ah atau al-Sahwah al-Maqasidiyyah ini pastinya memberikan makna dan penjenamaan penting kepada ajaran Islam yang syumul bersifat Rahmatan Lil ‘Alamin.
11 Kesilapan Pengawai Syariah Dalam Industri Kewangan Islam
Sepanjang pemerhatian saya, ada beberapa kesilapan lazim yang dilakukan oleh pegawai Syariah, khususnya golongan yang baru sahaja bertugas sebagai pegawai Syariah. Kesilapan ini tidak terhad kepada 11 sahaja, tetapi 11 kesilapan inilah yang sempat saya perhatikan sepanjang pengalaman saya.
Sebagai pendokong undang-undang muamalat Islam, seseorang yang ingin menjadi pegawai Syariah perlulah membetulkan niatnya terlebih dahulu sebelum memasuki industri kewangan Islam. Menurut pemerhatian saya, terdapat eksekutif Syariah yang sudah ‘terpesong’ niatnya apabila memasuki dunia praktikal muamalat ini. Terdapat mereka yang mendahului habuan gaji dan manfaat mengatasi tujuan utama memartabatkan undang-undang muamalat Islam di arus perdana kewangan negara. Tidak dinafikan, ada di kalangan eksekutif Syariah yang menjawat tugas tersebut tanpa mengetahui hakikat sebenar selok-belok dunia kewangan Islam tetapi walau apa pun kekangan yang ada, niat mestilah diperbetulkan terlebih dahulu.
Saudara Faisal menelurusi persoalan Islah, reformis Islam berlandaskan prinsip akar fiqh al-islah. Beliau berjaya meluruskan kekeliruan pemikiran yang berkecamuk lantaran bercambahnya ittijahat (aliran) dan pemakaian istilah dari konsep secara longgar yang menyimpang dari pengertian asal.
Maqasid al-Shar’iah diuar-uarkan oleh semua pihak termasuk penguasa untuk mempertahan helah politik masing-masing. Jawapannya bukanlah dengan mempopular slogan yang turut dicanang oleh juak-juak termasuk kalangan agamawan. Sebaliknya yang dituntut adalah wacana segar berlandaskan hujah sepertimana yang dilakarkan pengarang.
Segala pujian dan syukur selayaknya
dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T Tuhan sekelian alam atas anugerah petunjuk
dan kekuatan untuk membuahkan satu penelitian dalam membentuk wawasan pemikiran
kontemporari yang terkandung dalam buku
“Islam dan Pemikiran Reformis
Masa Hadapan”
ini.
Istilah reformis atau Iṣlāḥ yang
dikupas di dalam buku ini merujuk kepada satu gagasan pemikiran yang besar
merentasi definisi, sejarah, wawasan dan landasan masa hadapan pemikiran
tersebut yang memuatkan rencah dari wacana pemikiran
Islamism, Political-Islam,
Islamic-Modernism, Muslim-Democrat dan Post-Islamism.
‘Dunia Islam
tiada lagi “di luar sana” yang ada hanyalah Negara umat Islam’. Kenyataan ini
agak punya polemik, perdebatan panjang tapi ia kurang utama pada waktu ini
kerana dunia ini dikongsi bersama. Maka yang benarnya, orang Islam ialah jiran
kita, rakan sekerja dan rakan senegara kita dan agama mereka, sama seperti
yahudi dan kristian, menentang keganasan. Ungkapan seperti ‘membina jambatan
kesefahaman’ tidak pernah menjadi sebegini penting dalam perang yang tidak dapat
dimenangi melalui kekuatan tentera semata-mata. Orang Islam dan bukan Islam
perlu saling memahami dan bertindak bersama-sama. Inilah cabaran bagi kita
semua untuk mengatasi gambaran stereotaip, sejarah yang menyedihkan dan
perbezaan agama untuk mengenali nilai dan keinginan yang dikongsi bersama, dan
untuk bergerak seiring bagi membina masa depan kita bersama. Keharmonian inilah
yang perlu diintegrasikan agar keamanan boleh dicapai.
KEPELBAGAIAN NARATIF
Prejudis yang kian memuncak di antara Barat dan Islam tidak menjanjikan banyak kewarasan dalam tindakan dari kedua-dua pihak. Pembantaian ke atas umat Islam di seantaro dunia, sikap talam dua muka Amerika dan tindakan ganas segelintir radikalisme Islam akhirnya mengakibatkan konflik ini berterusan. Justeru, hidup sebagai seorang Muslim dalam era mencabar adalah satu ujian keimanan bagi sebahagian besar umat Islam. Kepada bukan Islam, menerima hakikat bahawa keperluan hidup dalam kedamaian di celah kepelbagaian agama dan budaya kini tercabar. Dunia akan menjadi lebih harmoni dengan kepelbagaian sebagai temanya kerana kepelbagaian adalah ibarat not bunyi yang berbeza-beza tetapi berusaha untuk mencapai satu titik keseimbangan demi menghasilkan sebuah irama yang indah. Bayangkan dunia tanpa not-not bunyi yang pelbagai, tiadalah istilah irama dan tiadalah keharmonian bagi mencapai maksud ketenangan irama.