Antara Ekstremisme Tirani dan Ekstremisme Pemberontak

15/06/2017
by Admin ILHAM BOOKS

Kata Pengantar Buku Islam Agama Rahmah

Umat Islam di abad ke-21 masehi diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian getir demi memberikan mereka peluang yang lebih untuk mujahadah, berdakwah dan istiqamah di atas jalan kebenaran. Periode pasca-penajajahan telah menyaksikan bagaimana umat Islam bagaikan ‘punching bag’ kepada kuasa-kuasa besar dan juga para tirani di seluruh dunia. Lebih malang lagi, yang lebih banyak terlibat di dalam menzalimi dan membunuh umat Islam itu adalah dari kalangan tirani yang beragama Islam dan mengaku dirinya sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW.

Hasil dari kezaliman yang berterusan dari para diktator Muslim, terdapat di kalangan umat yang mula berputus asa kepada cara damai dan aman di dalam melakukan usaha pengislahan dan perubahan. Bagi golongan yang gopoh, terutamanya di kalangan anak-anak muda, sikap bersabar dan bertahap-tahap di dalam melakukan usaha amar makrif dan nahy munkar merupakan satu kebaculan dan kedayusan. Bagi mereka, kezaliman para tirani haruslah dibalas dengan kekerasan yang setimpal agar perubahan segera berlaku. Bagi golongan ini, apa sahaja metod perubahan yang menggunakan jalan damai adalah terlalu lambat dan tidak Islamik. Maka mereka melaungkan jihad demi menjustifikasikan tindakan gopoh mereka. Api dibalas dengan api. Pertumpahan darah dibalas dengan pertumpahan darah. Akhirnya semakin banyak nyawa yang terkorban, dan para tirani mempunyai justifikasi di atas segala jenayah yang telah mereka lakukan. Kini mereka muncul dengan mengatakan bahawa apa yang ditafsirkan sebagai ‘kezaliman’ mereka ke atas rakyat sendiri, adalah ebrtujuan untuk mengekang keganasan dan usaha mereka untuk melawan keganasan.

Walaupun nampak berbeza, pihak tirani yang zalim dan menindas rakyat sendiri, dan juga pihak rakyat yang bangkit mengangkat senjata melawan kezaliman tirani, namun kedua-duanya sama. Tindakan kedua-dua pihak ternyata menghalalkan keganasan dan tindakan melampau. Kedua-dua pihak mengorbankan nyawa rakyat sivil yang tidak berdosa. Kedua-dua pihak menolak jalan demokrasi yang disifatkan tidak secocok dengan suasana setempat, ataupun agama Islam itu sendiri. Kedua-dua juga mempunyai persamaan di atas pandangan autokratik samada di dalam pemerintahan, mahupun di atas pentafsiran agama mengikut kepentingan mereka sendiri.

Itulah realiti umat Islam dewasa ini. Mereka terperangkap di antara dua ekstrimisme. Ekstrimisme para tirani yang zalim, dan ekstrimisme pemberontak di atas nama agama dengan pandangan mereka yang keras dan melampau. Akhirnya umat Islam yang merupakan majoriti yang menolak kedua-dua ektrimisme yang menjadi mangsa. Inilah realiti kehidupan umat Islam di abad ke-21 Masehi. Mereka terhimpit oleh kedua-dua ekstrimis yang menatijahkan kesukaran kepada hidup umat, dan juga memberikan imej yang buruk kepada agama Islam itu sendiri. Para tirani merosakkan imej Islam melalui kezaliman, salah guna kuasa dan juga pencabulan hak asasi rakyat yang dijustifikasikan di atas nama agama oleh para agamawan yang mencari makan dan pengampu bodek. Golongan pelampau pula memberikan imej Islam yang penuh keganasan, tiada toleransi dan jauh dari rahmah. Hasilnya, Islam terfitnah, umat menjadi keliru dan mangsa kepada kecelaruan yang tiada penghujungnya.

Mujurlah di dalam kemelut seumpama ini, muncul para ulama yang sedar kewajipan untuk melakukan usaha pengislahan kepada masyarakat dan dua kelompok tirani dan puak pelampau. Mereka berterusan berusaha memberikan kefahaman dan merungkaikan kebatilan kedua-dua pihak berkenaan melalui pelbagai medium. Al-Marhum Syeikh Muhammad al-Ghazali dahulu merupakan di antara perintis usaha seperti ini. Dr Yusuf al-Qaradhawi juga merupakan nama yang tidak asing di dalam usaha mengislahkan kedua-dua pihak ini. Buku Fiqh al-Jihad beliau didedikasikan untuk tujuan sedemikian, terutemanya untuk memberikan kefahaman jihad yang sebenar kepada umat Islam agar ianya tidak disalahgunakan. Buku di tangan anda karya Dr Ali al-Qarahdaghi ini juga merupakan di antara usaha di atas landasan yang sama. Saya yakin ramai lagi para ulama, ilmuwan dan para aktivis yang melakukan usaha yang sama.

Penghargaan perlu diberikan kepada saudara Furqan yang telah menterjemahkan buku ini, dan juga kepada saudara Jalal dari ILHAM Books yang telah menerbitkan buku ini. Semoga usaha mereka ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha unutk mendidik umat Islam berbahasa Melayu di rantau Asia Tenggara ini. Bagi para asatizah yang tidak jemu mendidik umat melalui kuliah-kuliah dan ceramah, buku ini adalah wajib untuk mereka khatamkan dan ajarkan kepada masyarakat. Isi kandungan buku ini insha Allah akan dapat menawarkan alternatif kepada mana-mana pihak yang cuba untuk menyebar luaskan ideologi dan fikrah keganasan bertopengkan kalimah JIHAD!

Maszlee Malik

UIAM

Comments

http://theprettyguineapig.com/amoxicillin/ - Amoxicillin 500 Mg Amoxicillin 500mg Capsules http://theprettyguineapig.com/amoxicillin/
http://theprettyguineapig.com/amoxicillin/ - Amoxicillin Amoxicillin http://theprettyguineapig.com/amoxicillin/
http://doxycycline-cheapbuy.site/ - doxycycline-cheapbuy.site.ankor onlinebuycytotec.site.ankor http://tadalafilcialis-cheapestprice.site/

New post