Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan

23/06/2017
by Admin ILHAM BOOKS

Musafir Kerohanian Kembara Kemanusiaan

Buku ini menampilkan perkongsian empat belas jemaah Tabung Haji tahun 2015.

Suraya Jaafar memulakan catatan beliau hari demi hari bermusafir di dalam bab MERINDUI MAKKAH DAN MADINAH, DI BUMI MADINAH YANG DAMAI, MANASIK YANG TERBUKTI dan TABAH TEMPUHI MASYA’IR. Setiap hari dimuhasabah agar setiap hari baru lebih baik dari hari sebelumnya dan tidak ada waktu yang tersia selain memaksimumkan hasrat untuk menunaikan haji yang begitu lama dinanti-nantikan.

Sebagai seorang Profesor Madya Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Siti Mashitoh Mahamood menulis daripada hati nurani beliau yang mendalam akan rasa cinta kepada Allah dalam bab BILA SUDAH TIBA MASANYA dan INDAH DAN MUDAHNYA ISLAM. Di dalam bab BANGUNKANLAH GENERASI AL-ABRAR ITU pula, beliau berpesan agar generasi Al-Abrar itu dibangunkan untuk kecemerlangan umat Islam di tanah air Malaysia, bumi tercinta.

Nik Rohaida Wan Daud, seorang yang minat menulis dan juga novelis yang mula menempah nama dalam penulisan, menceritakan kisah beliau menyaksikan saat-saat cemas kren tumbang yang begitu terkesan kepada jiwanya dalam bab TUMBANGNYA KREN KEDUA TERBESAR DI DUNIA. Dalam bab EMAS DAN AIRMATA DI ARAFAH pula, beliau mencoretkan cabaran dan kenangan manis di Arafah.

Nur Sakinah Norkhair, seorang wanita muda yang belum pun mencecah umur 30 tahun semasa menunaikan haji menceritakan detik hari kejadian yang sukar dilupakan itu. Seperti kata pepatah Melayu, dalam bab PANTANG MAUT SEBELUM AJAL, beliau menceritakan bagaimana beliau boleh terselamat daripada bencana kren tumbang dengan asbab didatangkan orang-orang yang melayannya dengan kasar di Masjidil Haram.

Roshadah Ishak, seorang aktivis sosial menulis dalam bab IBADAH ATAU TANGGUNGJAWAB SOSIAL tentang penelitian beliau akan gambaran masyarakat di luar masjid yang menampakkan kepincangan dan menjejaskan keindahan Islam itu sendiri.

Sebagai seorang pegawai perubatan yang masih muda, Dr. Wan Najwa Wan Mohd Zohdi melakarkan sejarah apabila beliau telah berpeluang dipanggil Allah untuk menunaikan haji sebanyak empat kali tetapi terpaksa menolak kesemua tawaran tersebut atas beberapa keuzuran. Namun dalam bab DILEMA MENERIMA JEMPUTAN ALLAH, beliau menceritakan kekangan yang beliau hadapi apabila menerima tawaran pada tahun 2015 tersebut. Turut diceritakan pengalaman suka dukanya mengerjakan haji dalam keadaan hamil dalam bab HAJI KETIKA HAMIL, KEJUTAN SEBELUM IBADAH MASYA’IR dan CABARAN CUACA PANAS. Alhamdulillah beliau juga berpeluang bertugas sebagai sukarelawan Sahabat Tabung Haji.

Pasangan suami isteri kelahiran pasca 1979, Ahmad Yusri Azme dan Noor Habibah Rosli, dalam bahasa dan gaya santai menyeru generasi muda agar mempersiapkan diri masing- masing untuk mengerjakan ibadat haji dalam usia yang muda, sihat, tangkas dan cergas dalam bab WAHAI ANAK MUDA! JADIKAN IBADAH HAJIMU OSEM dan WAHAI ANAK MUDA! TABURKAN BAKTI DI MEDAN JUANGMU, agar anak muda dapat berbakti kepada jemaah haji yang lain.

Mohamad Yusri Dahrumi benar-benar menghayati bahawa Allah ciptakan berbilang bangsa supaya kita manusia saling berkenalan. Maka beliau tidak melepaskan peluang merakamkan persahabatan dengan jemaah dari negara India, Pakistan, Turki, Thailand, Sudan, Kenya, Cameroon, dan banyak lagi semasa di Tanah Suci dalam tulisannya IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT. Beliau juga menekankan betapa pentingnya persediaan fizikal sepanjang keberadaan di Tanah Suci dalam bab KEKUATAN FIZIKAL UNTUK KESEMPURNAAN IBADAH HAJI.

Bagi aktivis Hidayah Centre, Rosdin Anang, beliau banyak mengimbau sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam bab MISI MENDAPAT GUNUNG UHUD, BUNYI TAPAK-TAPAK KAKI DI SYURGA, dan DAKWAH YANG FENOMENAL. Beliau menyeru para jemaah supaya pertingkatkan dakwah dan menyampaikan Islam sebagai rahmatalil alamin agar jejak sunnah Nabi dihidupkan dalam masyarakat kita.

Begitu juga penulis seterusnya, Zun Arif Hakim Abdul Rahman, yang berpengalaman menjadi sukarelawan di Aceh setelah dilanda tsunami pada tahun 2004, berkongsi pengalamannya memberi bantuan lalu Allah mengabulkan permintaan beliau dengan cepat dalam bab MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN.

Perjalanan haji juga adalah ibarat Kembara Kemanusiaan bagi mereka yang sedar bahawa berkorban diri untuk membantu saudara yang memerlukan atau dalam kesusahan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. Maka istimewanya buku ini, kami lampirkan tulisan pengalaman beberapa orang sukarelawan Sahabat Tabung Haji dalam bab SAHABAT TABUNG HAJI. Dr Badiah Baharin, seorang doktor pakar pergigian memberi garis panduan bagaimana seseorang jemaah haji boleh dan layak menjadi Sahabat Tabung Haji dan bidang tugas mereka di Tanah Suci. Turut sama berkongsi pengalaman mereka ialah Dr Wan Najwa, Nik Rohaida dan Nur Sakinah. Diharapkan lebih ramai yang berkelayakan dan mampu menjadi Sahabat Tabung Haji pada musim-musim haji akan datang.

Buku ini disudahi dengan esei-esei kami secara bersama dan secara berseorangan.Dalam penulisan kami, kami menyentuh perkara yang jarang dikaitkan dengan ibadat haji.

Antaranya adalah tentang keperluan memakmurkan serta menghijaukan bumi yang gersang dalam bab BANDARAYA TERBERSIH DI DUNIA. Selepas hampir 100 tahun ibadat haji diuruskan oleh keluarga dan kemudian kerajaan As-Sa’ud, sepatutnya Tanah Suci ini sudah pun menjadi The Greenest City of the World?

Selain itu, dalam bab PEMBAZIRAN DAN HAJI MABRUR, kami menyentuh tentang pembaziran dan sekitaran yang kotor dengan sampah-sarap yang berlaku semasa kemuncak ibadah haji, iaitu semasa berada di Arafah dan kemudian seketika malam di Mina. Apakah mungkin sebahagian besar jemaah haji secara langsung terlibat membazirkan makanan dan menyebabkan sampah bertimbun merata-rata?

Kami juga menekankan aspek perlunya jemaah membebaskan diri dan tidak tunduk kepada penipuan, manipulasi dan kebatilan dalam bab REDHA TERHADAP PENIPUAN? Peristiwajemaahhajidiperdayadandimanipulasi sentiasa berlaku. Apa yang lebih memilukan adalah sikap jemaah haji yang meredhai diri mereka diperdaya.

Kami juga mengetengahkan persoalan akhlak dan sifat ihsan sebagai kesempurnaan Islam dan iman seseorang dalam bab IHSAN SESAMA INSAN SEMASA TAWAF. Mengapakah sangat sukar bagi sebahagian besar jemaah haji menzahirkan sifat ihsan sesama insan terutamanya semasa tawaf?

Persoalan hangat diangkat dalam bab HAJI VS SHOPPING. Benar, di antara manfaat haji yang dinyatakan dalam al-Quran adalah kegiatan perniagaan. Namun sebahagian besar jemaah haji seakan-akan hilang tumpuan dalam mengejar fadhilat ibadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Penguasaan ilmu bab haji amat penting. Ramai masih keliru, terutamanya warga emas dan mereka yang mendapat jemputan pada saat-saat akhir penerbangan. Persiapan rohani dan mental juga mesti dititikberatkan agar pemergian ke Tanah Suci benar-benar dapat menyucikan jiwa, mengukuhkan akidah.

Jemaah haji yang menunaikan haji bersama-sama ahli keluarga yang uzur pula seharusnya ditempatkan bersama- sama agar kebajikan diri dan urusan ibadah warga tua dan uzur ini dapat diuruskan sebaiknya, terutama tentang perkara aurat kerana kelihatan masih ramai jemaah haji yang tidak menitik beratkan perkara ini terutama semasa berada di Masya’ir.

Inilah catatan serba ringkas mengenai keseluruhan pengalamanperjalanan haji kami.

Kepada Allah kami berserah.


Dari Meja Penyunting

Saari Sungib & Aliza Jaafar


Comments

sildenafil or cialis cialis generic
https://u.to/0Gz9Dw what is the generic drug for cialis
[url=https://tinyurl.com/ya7kgxa4]generic cialis[/url] cialis free trial voucher 2019
cialis dosage forms cialis difference between generic cialis and brand cialis [url=http://indiskmad.com/koriander-chutney/]buy cialis[/url] what is cialis tablets
cialis generic in usa buy cialis how can i get a prescription for cialis buy cialis cialis free trial
cialis vs viagra strength cialis 20 mg best price
http://url.ie/14seu best price cialis 20mg
cialis prices cialis for daily use cost
can cialis be cut in half cialis 20 mg best price cialis patent expiration date cialis generic were can i buy cialis
Find some candles, ballade as all to gist of different towels, and affiliation in some relaxing spa music. Then grapple with turns giving each other spa services. Or, to unquestionably association toothp.brevaph.se/terveydelle/selaen-venytyslaite.php some relaxing vibes, entrust altitude to your spa stygian a bonuses a actually of you gives to the other, as no more than wisecrack indigence to be happy-go-lucky at lean towards a expire against the grain down exclusively to put in an air at about and refreshments to palpate their partner.

Bitcoin Hack Blackmail

http://bit.ly/BtcStealer
how long cialis take to work cialis cialis instructions cialis generic 40mg cialis
buying cialis online reviews buy cialis cialis best price canada cialis when cialis generic
www cialis com coupon cialis generic
http://cialisxtl.com which is better viagra or cialis or levitra
cialis prices cialis generic over the counter
New post