Falsafah Politik Malaysia: Suatu Wacana Tradisi, Adat dan Budaya

RM40.00
9789671804605
Out of stock
Falsafah Politik Malaysia: Suatu Wacana Tradisi, Adat dan Budaya

Author: Jamizal Zainol

Publisher: Yayasan PEACE

ISBN: 9789671804605

Pages: 154 pp

Weight: 0.266kg

Year: 2020

Price: RM 40.00

Buku Falsafah Politik Malaysia: Suatu Wacana Tradisi, Adat dan Budaya adalah pandangan penulis berkenaan falsafah politik konservatisme yang melihat hubungan kesalingan antara kerajaan dan rakyat berasaskan tradisi, budaya dan sejarah yang membentuk pandangan alam politik di Malaysia. Hubungan kerajaan dan rakyat ini digarap melalui tema-tema besar kenegaraan iaitu hak asasi manusia, keadilan ekonomi dan pembangunan lestari. Penulis juga menyampaikan pandangan beliau bagaimana tema-tema besar ini juga perlu difahami melalui falsafah moral dan etika supaya isu-isu berbangkit dalam sebuah negara ditangani dengan sebaik-baiknya melalui acuan tradisi dan budaya Malaysia. Penulis melihat politik konservatif ialah suatu pendidikan kepada pemain-pemain politik kerana ianya bersandarkan kepada prinsip “membina itu payah meruntuhkan itu mudah”.

Mohd Jamizal Zainol memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Edinburgh Business School, Heriot Watt University. Beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2006. Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai seorang adjudikator di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia, Malaysia (AIAC) . Memulakan kerjayanya sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan pernah bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan di JX Nippon (Deepwater Sabah) Limited dan Pegawai Undang-Undang PETRONAS.

Beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan mula menulis artikel-artikel di akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan media atas talian seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysian Insight semenjak tahun 1998.

Pada tahun 2019, beliau telah mengasaskan dan diamanahkan sebagai Pengerusi bagi Yayasan Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE) yang berpusat di Putrajaya. PEACE adalah sebuah yayasan yang melakukan penyelidikan dalam hal ehwal polisi awam dan isu-isu ekonomi di Malaysia melalui gerak kerja intelektual seperti penerbitan, seminar, persidangan, kertas penyelidikan selain kerja-kerja kebajikan di lapangan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US