​Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya

Old price: RM18.00
RM16.20
You save: RM1.80 (10%) Save 10%
10 days
9789670311449
In stock
+

Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya

Author: Ahmad Boestamam

Publisher: Gerak Budaya

ISBN: 9789670311449

Pages: 90pp

Year: Edisi 2019

Weight:

Price: RM18


"Di atas robohan kota Melaka,

Kita dirikan jiwa merdeka,

Bersatu-padulah segenap baka,

Membela hak keadilan pusaka."

- Dr. Burhanuddin


Buku kecil ini tidak saya maksudkan sebagai riwayat hidup Dr. Burhanuddin sebab riwayat hidup haruslah meriwayatkan keseluruhan hidup seseorang — dari zaman kecilnya hingga ke akhir hayatnya — dan haruslah pula penuh dengan tarikh-tarikh sedang perkara-perkara penting ini tidak terdapat di dalamnya.

Tidak juga ia saya maksudkan sebagai sejarah perjuangan kiri di tanah air kita yang tercinta ini sebab selain dari tidak meliputi ia juga tandus tarikh-tarikh serta tidak pula diolah secara berperingkat-peringkat — dari setingkat ke setingkat menurut perkembangan dari semasa ke semasa.

Jadi apakah tujuan saya menuliskan buku ini?

Jawabnya mudah saja iaitu sebagai catatan semata-mata — catatan dari seluruh kenangan yang dapat saya rangkaikan dari pengingatan saya, tak lebih dan tak kurang.

Dengan lain perkataan setinggi-tinggi sifat yang dapat saya berikan kepada buku ini hanyalah sebagai serpihan-serpihan sejarah untuk pengetahuan umum semoga ada faedahnya.

Sebagai serpihan-serpihan sejarah saya yakin buku ini akan dapat dijadikan panduan oleh ahli-ahli sejarah kita yang ingin membukukan sejarah perjuangan kebangsaan negeri ini yang lengkap dan terperinci, yang hingga saat ini, malangnya, masih belum terdapat lagi.

Sebagai contoh, ahli-ahli sejarah negeri ini tahu tentang penarikan diri PKMM keluar dari UMNO. Tetapi, bagaimanakah ini telah berlaku, apa sebab-sebabnya, dengan perimbangan undi yang bagaimana dan seterusnya masih gelap lagi kepada mereka. Buku ini dapat memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tersebut.

Dengan memberikan tarikh kepadanya, tentulah sejarah yang lengkap dan terperinci tentang ini dapat dibuat.

Sepanjang yang mengenai diri saya, biarlah siang-siang saya berterus terang mengatakan bahawa pengingatan saya pada tarikh-tarikh amat lemah sekali walaupun pengingatan saya pada peristiwa-peristiwa adalah sebaliknya.

Perlu juga saya tegaskan bahawa apa yang saya riwayatkan dalam buku ini adalah peristiwa-peristiwa yang di dalamnya secara langsung saya ada terlibat. Dengan lain perkataan, peristiwa-peristiwa itu tidaklah dongengan melainkan kenyataan.

Ahli-ahli sejarah tahu tentang penubuhan Parti Rakyat Malaya tetapi mereka tentu tidak tahu akan peranan yang telah dimainkan oleh Dr. Burhanuddin dalam penubuhannya dulu itu. Buku kecil ini ada memberikan peranan tersebut.

Memang saya sengajakan mengisi buku ini dengan peristiwa-peristiwa — serpihan-serpihan sejarah — yang belum diketahui orang dan meninggalkan yang sebaliknya kerana saya bermaksud hendak memberikan bahan-bahan tambahan atau fakta-fakta secukupnya kepada ahli-ahli sejarah kita, mengingat ketidakmampuan saya mengisi barisan ahli-ahli sejarah kita itu.

Kalau maksud saya menuliskan buku ini sebagaimana yang saya katakan itu tercapai, maka tidaklah sesia rasanya saya menuliskannya.

Dengan kata-kata ini, buku kecil ini saya persembahkan kepada seluruh rakyat tanah air yang tercinta.

Kuala Lumpur,

Februari 1972

— Ahmad Boestamam

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI