​Dunia Digital Pengajian Alam Melayu

RM40.00
9789831006160
In stock
+

Dunia Digital Pengajian Alam Melayu

Author/Editor: Ahmad Rizal Mohd Yusof

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831006160

Weight: 200

Pages: 152

Year: 2013

Price: RM40


Dunia Digital Pengajian Alam Melayu merupakan kupasan dan perbincangan mengenai pembangunan portal Pengajian Alam Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan The Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies, (KITLV). ATMA telah membangunkan Portal Malaycivilization.com dan KITLV pula membangunkan Portal KITLV. Kedua-dua portal ini menyediakan akses kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dan maklumat yang berkait dengan Pengajian Alam Melayu. Pengetahuan dan pemahaman terhadap Tamadun Melayu, Tamadun Belanda dan sejarah pembangunan intelektual di antara kedua-dua tamadun tersebut, dan Pengajian Alam Melayu telah memberikan inspirasi berguna dalam melihat proses pembangunan portal tersebut. Analisis perbandingan dilakukan melalui aspek sosiologikal dan teknikal.. Kedua-dua analisis ini juga membuka ruang yang luas dalam memahami teknik dan strategi yang digunakan oleh ATMA dan KITLV untuk membangunkan portal.

Secara umumnya buku ini menyatukan kembali bidang sains dan kemanusiaan yang terpisah dan bergerak bersendirian. Kedua-dua bidang ini telah menyumbang kepada pelbagai aspek kehidupan sama ada yang dapat dilihat secara fizikal atau yang berkait dengan masyarakat. Melalui buku ini, kedua-dua bidang tersebut digunakan sebagai idea utama untuk melihat Pengajian Alam Melayu di alam siber melalui pembangunan portal. Inilah sebenarnya yang menjadi tunjang kepada penulisan buku ini. Penulis juga berhasrat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan falsafah tabii yang suatu ketika dahulu menjadi medium utama untuk memahami manusia dan alam sekitarnya. Tanpa disangka, inisiatif untuk mengkaji dan memahami kedua-dua portal ini berdasarkan aspek sosiologikal dan teknikal telah menghasilkan beberapa penemuan berasaskan aspek kemanusiaan, sains sosial, sains komputer dan teknologi maklumat. Penemuan ini juga dilihat sebagai suatu inisiatif permulaan untuk menghidupkan kembali asas utama kepada sains dan kemanusiaan iaitu falsafah tabii.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US