​Etika dan Pembangunan

RM40.00
9789674127978
In stock
+

Etika dan Pembangunan

Author: Suraiya Ishak
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674127978
Pages: 252
Weight: 0.369kg
Year: 2019
Price: RM40

Pembangunan adalah proses transformasi masyarakat dan negara dari situasi kurang baik kepado lebih baik dan maju. Pelbagai pemikiran teori telah dibina berasaskan pengalaman lalu dan menjadi kerangka panduan kepada usaha merealisasi pembangunan semasa dan akan datang. Namun, realitinya proses pembangunan merupakan sesuatu yang mencabar. Tidak ada jaminan bahawa teori yang berjaya membangunkan sesebuah konteks akan menghasilkan keputusan yang sama apabila diaplikasi dalam konteks yang berlainan. Justeru, pemikiran baharu mengenai pembangunan terus berkembang dengan mengambil kira konteks terkini dan jurang pemikiran yang lalu. Ciri seperti nilai subjektif antara individu serta kelompok berlainan dalam populasi yang sama, pelbagai pilihan dengan kesan yang berbeza, penglibatan ramai pihak dengan minat dan kepentingan yang berbeza serta penglibatan sumber berharga mendedahkan pembangunan kepada kesukaran dan cabaran untuk melaksanakannya dengan berkesan. Namun begitu, konflik agensi yang timbul daripada delegasi autoriti dalam hubungan agensi telah meningkatkan lagi cabaran dalam tadbir urus pembangunan masa kini sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Isu seperti rasuah, hadiah, diskriminasi dan clientalism berlegar dalam persekitaran dan memberi kesan kepada matlamat pembangunan. Persoalan etika tidak hanya terbatas kepada tindak tanduk agen penyampai pembangunan. Penerima output pembangunan atau kumpulan sasaran turut berdepan dilema etika yang boleh menganggu pencapaian matlamat sesuatu program pembangunan. Justeru, buku ini memberi pendedahan awal kepada memahami persoalan etika, tadbir urus dan pembangunan yang membincangkan etika daripada perspektif yang normatif dan aplikasi. Matlamat buku ini adalah untuk membina kesedaran dan pengetahuan mengenai pemikiran pembangunan, isu etika dalam pembangunan serta penaakulan moral dalam proses mengurus pembangunan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US