​Geopolitik dan Nilai Firma Syarikat Multinasional: Peranan Tadbir Urus Korporat ASEAN

RM25.00
10 days
9789674127039
In stock
+

Geopolitik dan Nilai Firma Syarikat Multinasional: Peranan Tadbir Urus Korporat ASEAN

Author: Wan Sallha Yusoff, Mohd. Fairuz Md. Salleh, Azlina Ahmad & Norida Basnan

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674127039

Pages: 100pp

Year: 2018

Weight: 0.152kg

Price: RM25

Geopolitik adalah salah satu disiplin ilmu hubungan antarabangsa yang mengkaji kesan interaksi geografi secara ciri atau struktur geografi terbentuk hasil daripada kecekapan kuasa pintar (melalui perkongsian kuasa ketenteraan dan kuasa sumber) dan proses politik (melalui idea peperangan, pemilikan empayar dan diplomasi) yang dinamik bagi mempengaruhi dan dipengaruhi di antara institusi ke atas institusi lain dalam satu sistem rangkaian antarabangsa. Selain daripada krisis kewangan, krisis geopolitik dunia juga merupakan salah satu risiko sistemik yang tidak boleh dikawal secara operasi dalaman organisasi. Namun, ia merupakan titik perbualan penting dalam industri perniagaan antarabangsa dan pembangunan ekonomi negara. Buku ini mengetengahkan hubungan di antara pengaruh geopolitik kuasa besar dunia terhadap nilai firma syarikat multinasional (MNC) bagi firma MNC yang diperbadankan di Malaysia tetapi meletakkan segmentasi perniagaan mereka di negara tersebut. Selain itu, buku ini membincangkan tentang peranan tadbir urus korporat ASEAN dalam menangani pengaruh geopolitik institusi multilateral G7, BRICS dan ASEAN terhadap nilai firma syarikat multinasional Malaysia. Lebih menarik lagi, buku ini mencadangkan beberapa strategi kawalan geopolitik kepada pihak pengurusan korporat, Bursa Malaysia, suruhanjaya sekuriti Malaysia, ASEAN Capital Market Forum (ACMF) dan para pelabur bagi menjamin nilai firma yang maksimum.

WAN SALLHA YUSOFF, PhD., Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Universiti Malaysia Perlis. Bidang pengkhususan beliau adalah perakaunan antarabangsa, tadbir urus korporat, ekonomi politik dan pelaporan kewangan. MOHD FAIRUZ MD. SALLEH, PhD., Pensyarah Kanan perakaunan di Pusat Pembangunan Inklusif dan lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah Pemangku Pengarah Yayasan Canselor UKM. Berkepakaran dalam bidang perakaunan sektor awam dan swasta, tadbir urus korporat serta perakaunan dan pelaporan Islam. AZLINA AHMAD PhD., Timbalan Pengarah Eksekutif, Penjanaan Pendapatan di Khazanah-UKM dan Pensyarah Kanan di Pusat Pembangunan Inklusif dan lestari dari fakulti yang sama. Bidang pengkhususan beliau adalah perakaunan dan pelaporan kewangan. NORIDA BASNAN PhD., Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Penyelidikan tertumpu kepada bidang perakaunan sektor awam antaranya berkaitan pelaporan akauntabiliti dan prestasi serta perakaunan akruan khususnya perakaunan bagi aset warisan, aset pertahanan dan aset infrastruktur.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI