Golongan LGBT dan Penyelewengan Tafsir

RM35.00
10 days
9789674128036
In stock
+

Golongan LGBT dan Penyelewengan Tafsir

Author: Mohd Izwan Md Yusof, Muhd Najib Abdul Kadir & Mazlan Ibrahim

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674128036

Pages: 171 pp

Year: 2019

Buku ini merupakan sebahagian dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Perspektif Komuniti Lesbian, Gay dan Transgender Muslim Di Malaysia Terhadap Perlakuan Homoseksual Dan Konsep Perkahwinan Di Dalam Al-Qur’an. Sebahagian daripada tesis tersebut telah disesuaikan sebagai sebuah buku yang dapat memberikan pencerahan berkenaan sikap sarjana Muslim terhadap isu LGBT. Golongan yang cenderung menyokong LGBT terdiri daripada pengkaji dan penulis Muslim di Barat. Justeru, buku ini menawarkan jalan keluar bagi mereka yang mahu memperbetulkan perspektif dan perlakuan LGBT tanpa berkompromi dengan teks Al-Qur’an yang jelas dan muktamad dengan pentafsiran yang tuntas dan jelas oleh para mufassirin yang muktabar. Selain itu, buku ini juga menampilkan dapatan penting berkenaan 3 golongan LGBT Muslim di dalam negara yang perlu ditangani dengan pendekatan yang bersesuaian. Seterusnya, buku ini merumuskan bahawa majoriti daripada komuniti LGBT Muslim yang ditemubual belum mempunyai kecenderungan untuk menjustifikasikan perlakuan LGBT dengan menyelewengkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yang dirintis oleh pengkaji dan penulis Muslim yang menyokong LGBT di Barat. Oleh itu, buku ini sesuai dimiliki dan berupaya menjadi panduan penting kepada ahli akademik, para pencinta ilmu, orang awam serta ibu bapa dalam usaha menangani isu LGBT di dalam negara dengan pendekatan yang tepat dan berhemah.

MOHD IZWAN MD YUSOF Ph.D, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Banyak terlibat sebagai pembentang berkenaan topik LGBT menurut perspektif Islam di agensi kerajaan, universiti dan sekolah. MUHD NAJIB ABDUL KADIR Ph.D, Profesor di Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam UKM. Kepakarannya dalam Tafsir al-Qur’an dan Ulum al-Qur’an, Kajian Tafsir Nusantara dan Methode Tafsir. MAZLAN IBRAHIM Ph.D, Profesor Madya di Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam. Banyak menghasilkan buku dan kajian dalam bidang al-Qur’an, tafsir dan hadis.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu di bahagian atas kanan

2) Pilih buku-buku pilihan anda melalui klik 'Add Chart'

3) Klik 'checkout' jika anda sudah selesai memilih buku pilihan anda

4) Lengkapkan alamat penghantaran anda

5) Buat pembayaran sama ada melalui Online Transfer atau Bank in/ Cash Deposit atau Paypal

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, untuk bantuan mohon hubungi kami dengan cara berikut:

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 9 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 9 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking nuber akan dihantar terus kepada anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.