Hang Tuah Adiwira Bangsa

RM30.00
9789672464273
In stock
+

Hang Tuah Adiwira Bangsa

Author: Steven Sim

Publisher: SIRD

ISBN: 9789672464273

Weight:

Pages:

Year: 2021

Price: RM30


Saudara YB Steven Sim sudah lama akrab dengan Hang Tuah, wira Malaysia dan Nusantara ini, selalu mengikuti dan menyumbang kepada wacananya, serta menambah sudut pandangannya sebagai warga Malaysia yang moden yang bangga dengan Hikayat besar ini. . . . Saya sangat teruja bahawa Saudara YB Steven Sim, dengan segala ghairahnya, turut menjadikan Hang Tuah simbol “Malaysia Baharu”, simbol untuk semua rakyat Malaysia.

Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara


Sebagai salah seorang ahli politik-sarjana yang menjadi harapan Malaysia hari ini, keterpesonaan Steven Sim terhadap budaya Melayu dan sejarah Melayu telah sedia masyhur diketahui umum. Dalam mengkaji dan menganalisis fenomena Hang Tuah, Steven Sim mengemukakan persoalan etnografi utama mengenai zaman ketika mana Melaka menguasai budaya dan perdagangan di seluruh laut Nusantara, yang berpotensi mengubah pandangan etno-nasionalistik moden mengenai kerancakan dunia kosmopolitan di mana Hang Tuah bukan sahaja tumbuh “membesar” malah turut “mencorakkannya”.

Dato' Dr Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif, Penang Institute


Saya yakin ada beberapa orang sahaja pemimpin Melayu yang pernah membaca naskhah ini sehingga selesai. Seseorang pemimpin yang dapat membaca dan menelah fikiran bangsanya akan dapat melakukan yang lebih baik – berkhidmat – dan saya percaya itu sebabnya YB Steven Sim ingin berkongsikan apa yang beliau baca, dan kekagumannya kepada naskhah ini.

Dr Faisal Tehrani, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM


Tentang penulis

Walaupun dilatih dalam bidang perkomputeran dan pembangunan, dua bidang yang secara amnya tidak berkait dengan sastera, Steven Sim percaya bahawa “dalam salju pun ada bunga”. Steven meminati sastera dalam pelbagai bahasa dan pernah menerbitkan beberapa buah buku termasuk sebuah himpunan puisi dalam Bahasa Melayu. Buku ini merupakan penghayatannya terhadap khazanah sastera Melayu Hikayat Hang Tuah sebagai wasiat leluhur Melayu dengan nilai-nilai yang masih relevan untuk generasi kita. Steven Sim merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan pernah menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US