Hudud: Perlaksanaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Keadilan Sosial di Malaysia

RM15.00
9789671478417
In stock
+

Author: Panel Penyelidikan NUNJI

ISBN: 9789671478417

Price: RM15

Pages: 87

Selama ini hudud sentiasa dirujuk atau dimasuki melalui pintu kitab-kitab feqah mazhab sahaja, seolah-olah Islam ini hanya bersumberkan kitab-kitab feqah empat mazhab. Jarang sekali agamawan membicarakan hudud dari sudut falsafah, sejarah atau seerah nabawiyyah, psikologi atau kriminologi dan kesesuaiannya dalam konteks negara bangsa moden yang perundangan sivilnya telah bertapak kukuh.

Apabila Islam hanya dilihat dari sudut feqah semata-mata, maka timbullah fahaman Islam yang singkat dan simplistik. Ini boleh merosakkan keindahan ajaran Islam yang sangat tersusun dan sistematik dalam menghadapi dan mengatur kehidupan manusia seluruhnya tidak kira muslim atau bukan muslim mengikut maratib al-a’mal atau sususan keutamaan berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat. Fahaman yang tidak benar yang diarusperdanakan menjadi ‘fahaman Islam’ seperti fahaman negara Islam mesti melaksanakan hudud, menyebabkan salah faham dan tuduh menuduh sampai ke tahap takfir sesama umat Islam.

Untuk memperbaiki fahaman yang silap itu, usaha melihat Islam dari dimensi sejarah perundangan yang sebenar mestilah diperkasakan, mengkaji sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam memberikan keadilan sosial kepada masyarakat, menelusuri konsep-konsep kemaafan dan kelapangan selepas melakukan kesalahan dan dosa, menekankan konsep menutup keaiban sesama Islam dan sesama manusia, serta menggalakan masyarakat menuntut ilmu secara serius berbanding hanya mendengar retorik para ustaz dan penceramah bebas sahaja.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US