Hududisme: Antara Retorik dan Realiti

RM25.00
10 days
9789671178263
In stock
+

Hududisme: Antara Retorik Dan Realiti

Author: Zulkifli Hasan
Page : 232 pp.
ISBN: 978-967-11782-6-3
Publisher: ABIM & ILHAM Books
Published: 2016

Istillah 'hududisme' yang digunakan dalam judul buku ini merujuk kepada fenomena pemikiran dan cara berfikir yang menjadikan hudud ini sebagai ideologi. Hudud dijadikan sebagai matlamat utama dalam tatbiq al Syariah atau pelaksanaan Syariat dan ia mewakili aspirasi awlawiyat mendahului agenda-agenda lain. Fenomena Hududisme yang tidak diseimbangi dengan pendekatan wasatiyah akhirnya mampu mencetuskan kembali gejala takfiri iaitu kafir mengkafir, perpecahan umat dan perbalahan yang merugikan yang penulis bimbangi sebelum ini. Perjuangan menegakkan hudud yang sarat dengan emosi dan ketaksuban serta menafikan usaha dan sumbangan pihak lain yang berbeza pendekatan juga adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Malahan, ia hanya membawa kerugian kepada umat yang mendambakan kebangkitan untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam di abad ke-21 ini. Walaupun tidak dinafikan bahawa hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Syariat tetapi ia perlu diusahakan secara bijaksana dengan mengambil pendekatan yang lebih berhikmah mengambil kira semua faktor dalam konteks perundangan, politik, ekonomi dan sosio-budaya masyarakat. Begitu banyak pandangan ulama dan fuqaha kontemporari dunia yang diiktiraf kesarjanaannya seperti Yusuf al-Qaradhawi, Abdul Rahman al-Kailani, al-Raysuni, Jasser Auda dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa tatbiq al-Syariah itu adalah lebih luas daripada perjuangan menegakkan hudud. Ia merangkumi aspek keadilan yang lebih luas melangkaui undang-undang jenayah Islam seperti hudud yang dianggap sebahagian kecil daripada keluasan Syariat itu sendiri.

Untuk membaca prakata penyunting, klik di sini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 5 hari bekerja.

1. Bayaran yang dibuat & diemailkan bukti bayaran sebelum 10 AM (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama.

2. Order atau bayaran yang dibuat selepas pukul 10 AM, akan diproses & dihantar pada hari bekerja berikutnya.

3. Pemprosesan order dibuat pada hari Isnin - Sabtu & penghantaran dilakukan pada hari bekerja Isnin - Jumaat.

4. Sekiranya syarikat courier cuti, order tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat courier mula beroperasi.

5. Tracking number akan dihantar terus ke email anda.

6. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI