Budaya Harian Politik Sarawak

RM58.00
978-983-100-970-3
In stock
+

Budaya Harian Politik Sarawak

Author: Awang Azman Awang Pawi

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-970-3

Year: 2017

Weight: 0.200 kg

Pages: 250

Price: RM58


Buku ini memancarkan isu-isu sosiopolitik Sarawak yang terus bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 hingga berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10. Detik tersebut ialah pada akhir era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud yang terkenal dengan agenda politik pembangunan. Pemerintahan 33 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak pula mempunyai idionsinkrasi yang tersendiri dan menarik untuk diteliti.

Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberikan perhatian kerana apabila isu-isu ini tidak ditangani dengan baik maka akan timbul perpecahan yang sudah dapat dijangka dalam analisis ini. Isu-isu dalam parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi politik cool, menegakkan hal asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran, kesedaran politik baharu, media baharu dan implikasi kepada politik semasa, debat politik dan politik debat, memahami budaya politik tempatan kesemuanya diberikan perhatian oleh penulis. Sementelahan itu, perjuangan parti mengekalkan kerelevanan pada zaman semasa juga turut dianalisis bagi memberikan pencerahan terhadap situasi politik Sarawak khususnya dan kesannya terhadap politik Malaysia.

Politik di Putrajaya juga dianalisis kerana situasi politik pusat mempunyai kepentingan tertentu terhadap politik di negeri Sarawak mahupun di Sabah. Kesemua ini dianalisis secara mikro dan permasalahan yang berlaku sebelum jalan penyelesaian dicapai turut dikemukakan. Hampir semua yang dianalisis dan diramalkan didapati tepat dan benar-benar berlaku. Buku ini penting dalam usaha menganalisis situasi pada era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud agar dapat memahami kesinambungan era pemerintahan seterusnya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US