​Mandela: Jalan Panjang Menuju Kebebasan

RM70.00
9789671549780
In stock
+

Mandela: Jalan Berliku Menuju Kebebasan

Author: Nelson Mandela

Origin Translation: Long Walk To Freedom

Translator: Alina Abdullah

Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan

Year: 2018

Pages: 764 pp

ISBN: 9789671549780

Weight: 0.736kg

Price: RM 70.00

Sinopsis

Mandela yang pendiam mendedahkan banyak hal dalam buku ini. Banyak isi buku ini sebenarnya ditulis secara rahsia oleh Mandela ketika dia dipenjarakan selama 27 tahun di Robben Island oleh rejim apartheid Afrika Selatan. Antara yang didedahkan ialah tentang pahit-maung perjuangan yang mengorbankan perkahwinannya dan memaksanya berjauhan dengan keluarga. Buku ini menceritakan kisah hidup Mandela dari zaman awalnya sebagai seorang pelajar miskin yang kemudian menjadi kerani firma guaman di Johannesburg dan penglibatan awalnya dalam politik. Ia juga merakam pahit-getir politik dekad Afrika Selatan 1950an yang memaksanya menjadi pemimpin gerakan bawah tanah dan Perbicaraan Rivonia tahun 1964 yang berakhir dengan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.Dalam buku ini, kita berpeluang menatap kehidupan seorang tokoh yang semangatnya gagal dipatahkan meskipun ditimpakan ujian paling getir.

Biodata Pengarang

Nelson Rolihlahla Mandela memegang jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994–99 dan merupakan tokoh pertama yang dipilih ke jawatan itu secara demokratik. Sebelum itu, dia terkenal di seluruh dunia sebagai pejuang anti-apartheid dan hak asasi manusia, selain sebagai pemimpin sayap bersenjata pertubuhan African National Congress. Setelah disabitkan dengan pelbagai kesalahan oleh mahkamah negaranya, Mandela terpaksa meringkuk selama 27 tahun dalam penjara. Selepas dibebaskan pada 11 Februari 1990, Mandela menyokong usaha pemulihan dan rundingan serta memimpin peralihan ke arah demokrasi berbilang ras di Afrika Selatan. Sejak dasar apartheid dihapuskan, Mandela dipuji kawan dan lawan. Dia telah dianugerahkan lebih seratus pingat dalam tempoh empat dekad, termasuk Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1993.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US