​Mekanisme Penyelesaian dalam Kewangan Islam di Malaysia

RM30.00
9789674126834
In stock
+

Mekanisme Penyelesaian dalam Kewangan Islam di Malaysia

Author: Nur Khalidah Dahlan, Mohd Rizal Palil, Noor Inayah Ya'akub & Mohamad Abdul Hamid
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674126834
Pages: 111
Year: 2018
Weight: 0.181kg
Price: RM30

Pembangunan ekonomi yang saksama merupakan elemen yang penting bagi mencapai keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat yang berbilang-bilang kaum. Malaysia telah dikenali sebagai sebuah negara Islam. Dalam sebuah negara yang pelbagai kaum, berbilang-bilang agama dan masyarakat serta pelbagai budaya, penerapan konsep keadilan dan kesaksamaan adalah berbeza daripada negara lain, terutama negara yang mempunyai masyarakat yang homogen. Ini termaktub dalam sistem perundangan Malaysia bahawa Islam merupakan agama rasmi negara Ini. Malahan, Malaysia turut mengamalkan dua sistem ekonomi yang berbeza iaitu sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam dalam bidang perbankan. 

Kewujudan kedua-dua sistem kewangan ini dipraktikkan secara serentak di mana sistem perbankan yang biasa adalah berdasarkan sistem perbankan konvensional, manakala sistem perbankan Islam berlandaskan prinsip syariah. Oleh hal yang demikian, buku ini merujuk kepada kajian yang terdahulu mengenai perkembangan kewangan Islam, kes mahkamah yang berkaitan dengan produk perbankan Islam dan juga kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam menyelesaikan masalah terutamanya dalam aspek kewangan Islam. Perbincangan dalam buku ini akan menumpukan ke arah menonjolkan undang-undang dan mekanisme penyelesaian kepada permasalahan berkaitan dengan produk kewangan Islam. Di samping itu, implikasinya juga untuk meningkatkan pemakaian undang-undang yang berkaitan dengan kewangan Islam terhadap pengguna tanpa mengira kaum dan agama serta untuk mengekalkan keadilan dan kesaksamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US