​Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor: 1312H/1895

RM40.00
9789674126223
Out of stock

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor: 1312H/1895

Author: Hanif Md Lateh @ Junid & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126223

Pages: 228pp

Year: 2018

Price: RM40

Karya ini merupakan sebahagian dari hasil kajian peringka Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Implikasi Hubungan Luar Sultan Abu Bakar (1862-1895) terhadap Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312(1895). Sebahagian daripada tesis tersebut yang dirombak sebagai karya asli ini memberi tujahan untuk kefahaman masyarakat tentang Perlembagaan Johor yang digubal pada tahun 1895 ketika era Johor. Kefahaman terhadap teks undang-undang ini sangat penting memandangkan UTKJ merupakan teks perlembagaan bertulis rasmi yang pertama di Tanah Melayu dalam abad ke-19M. Kedudukan sebagai teks tunggal rasmi dalam bentuk sistem ketatanegaraan menjadi asas pengukuran ketamadunan Melayu dalam era tersebut Selain itu, tujahan karya ini adalah untuk menyelesaikan kontradiksi dapatan kajian lalu tentang sumber rujukan penggubalan teks ini. Buku ini sesuai dimiliki oleh pelajar, orang awam, ahli akademik dan mana- mana individu yang akan terlibat langsung dengan cabaran pembangunan negara, permasalahan ketatanegaraan dan perkembangan peradaban Melayu. Selain itu, individu yang terlibat dalam bidang politik, undang-undang serta sejarah dan ketamadunan wajar memiliki buku ini sebagai satu asas penting disiplin yang diikuti. Walaupun begitu, individu diluar bidang turut digalakkan membacanya, sementelahan karya ini merupakan garapan asas pada memahami teks perlembagaan berdasarkan pelbagai sudut dalam meneliti Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312(1895).

HANIF MD LATEH @ JUNID Ph. D, pensyarah bidang sejarah dan tamadun di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sebelum bertugas di UniSZA, beliau pemah bertugas di beberapa Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Antaranya adalah di Kolej Komuniti Bentong (KKBT). Kolej PolyTech MARA Bangi (KPTM), Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Betiau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2017 dari Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi kajian dalam bidang Ketatanegaraan Melayu. Beliau boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected]. IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD Ph.D, pensyarah kanan di Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara, Fakulti Pengajian islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berpengalaman lebih 20 tahun bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik dalarn bidang sejarah dan tamadun Islam di Malaysia. Beriau memperoIeh ljazah Doktor Falsafah dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya menerusi kajian bertajuk reaksi pemerintah dan penduduk terhadap pentadbiran British di Terengganu 1919-1928. Beliau boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected]


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US