Perihal Keadilan: Tinjauan Wacana Keadilan Moden

RM35.00
9789672165569
In stock
+

PERIHAL KEADILAN: TINJAUAN WACANA KEADILAN MODEN

Author: Hazman Baharom

Publisher: SIRD

ISBN: 9789672165569

Pages:

Year: 2019

Price: RM35.00

Sejujurnya saya terkejut membaca karya seorang intelektual muda Melayu yang sangat brilian, Hazman Baharom. Ia, dengan wawasan yang luas dan penghayatan yang menukik jauh ke dalam, mengevaluasi secara kritikal hal ihwal mengenai keadilan. Di dalam karyanya Hazman sekaligus mampu membaca konteks keadilan masyarakat setempat, yakni masyarakat Melayu di masa kini, dengan posisi pemihakan yang jelas: berdiri bersama kaum termarjinalkan. Bagi para intelektual, sarjana dan siswa universiti dan sekolah menengah, sangat perlu membaca karya ini. Karya penting ini akan membawa para pembacanya ke arah yang tepat dan jelas, secara sistematis dan gaya bahasa yang mudah dimengerti, mengalir dan enak dibaca.

Hasnan Bachtiar, Presidium Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah (JIMM)

Apapun, membaca buku ini ialah menonton perkelahian teori keadilan yang begitu rencam dan meriah. Umpama menonton Rawlsian bertinju dengan teori-teori keadilan lain tanpa sedikit pun mengalah. Perlawanan yang dipersembahkan bakal menjanjikan wacana yang segar dan riuh dari kalangan pengkritik khususnya. Akhir sekali, bagi mereka yang laparkan ilmu, dahagakan teori, rindukan perdebatan wacana, saya yakin, buku tidak akan sesekali mengecewakan anda.

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Apabila berlaku sesuatu ketidakadilan seperti pembunuhan beramai-ramai, pembantaian etnik, penindasan golongan miskin oleh golongan kaya, atau diskriminasi kaum serta gender, kita lazimnya akan merasa tidak selesa. Tetapi jika kita mahu bergerak maju membentuk sebuah masyarakat yang adil, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Apakah landasan idea yang memandu konsep keadilan yang kita pegang? Buku ini akan meninjau bagaimana pemikir-pemikir sepanjang sejarah, khususnya pada zaman moden, berfikir tentang konsep keadilan. Dari situ, terdapat banyak pengajaran penting untuk kita yang sedang hidup pada zaman yang serba mendesak ini.

Hazman Baharom ialah pensyarah Pengajian Malaysia dan Pengajian Moral di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Etika Bebas (IEC), Ramsay Sime Darby Health Care. Selain itu, beliau ialah felo Islamic Renaissance Front (IRF) dan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM). Beliau telah menterjemahkan dua buku; ‘Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi untuk Masyarakat Muslim’ oleh Nader Hashemi, dan ‘Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori’ oleh Asma Afsaruddin. Beliau juga penulis buku ‘Renungan Kemasyarakatan’ yang terbit pada 2016.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US