Kombo Hadis

List price: RM176.00
RM158.00
You save: RM18.00 (10%)
Save 10%
In stock
+

Aliran Kritik Hadis Semasa

Authors: Umar Muhammad Noor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881597

Weight:

Year: 2020

Page: 301pp

Price: RM60

Dalam buku ini, Umar Muhammad Noor mengkaji dan menguji kepelbagaian metodologi yang diamalkan pengkaji hadis semasa dalam menentukan status kesahihan hadis. Beliau mengenal pasti tiga aliran yang mendominasi perbincangan kritik hadis semasa, iaitu Sufi, Salafi dan sebuah aliran baharu yang dinamakan Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn (IMM). Kajian beliau seterusnya difokuskan kepada metode kritik yang diamalkan oleh tiga tokoh hadis yang mewakili ketiga-tiga aliran tersebut, iaitu Maḥmūd Sa‘īd Mamdūḥ daripada aliran Sufi, Abū Isḥāq al-Ḥuwaynī daripada aliran Salafi, dan Ḥamzah al-Malyabārī daripada aliran IMM. Selepas melacak aspek sejarah dan meneliti epistemologi ketiga-tiga aliran, penulis mendedahkan sebabsebab perbezaan pandangan ketiga-tiga tokoh aliran dalam menilai kesahihan hadis dengan membandingkan prinsip dan kaedah yang mereka amalkan dalam penetapan status perawi dan kebersambungan sanad, serta dalam menganalisis ‘illah dan menaiktaraf hadis lemah. Penulis selanjutnya mencadangkan tujuh kaedah praktikal untuk dijadikan panduan dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pandangan yang sering dijumpai dalam perbincangan kritik hadis semasa. Kajian buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran terkini berkenaan perkembangan ilmu hadis pasca al-Albānī. Umar Muhammad Noor adalah pensyarah kanan di bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau sering terlibat dalam pelbagai penyelidikan ilmiah berkenaan hadis dan dijemput oleh badan kerajaan dan swasta untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan hadis dan kemasyarakatan.

---------------------------------------------------

Mengharmoni Percanggahan dan Kesamaran dalam Hadis

Author: Faisal Ahmad Shah

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881078

Pages: 206pp

Weight:

Year: 2019

Price: RM52

Buku ini membincangkan mengenai realiti percanggahan dan kesamaran dalam hadis yang juga dinamakan sebagai mukhtalif dan musykil alhadith. Antara topik utama yang dibincangkan dalam buku ini ialah teori berkaitan mukhtalif dan musykil al-hadith, sejarah perkembangannya, karya-karya penulisan yang pernah dihasilkan dan kaedah para ulama dalam mengharmonikan percanggahan dan merungkai kesamaran dalam hadis. Bab akhir buku ini membincangkan secara tuntas mengenai hadis-hadis yang mengandungi kesamaran (musykil al-hadith) seperti kisah lelaki yang mewasiatkan dirinya untuk dibakar, bulan terbelah dua, perintah membunuh anjing hitam, daging tidak membusuk dan dosa Hawa, demam panas daripada wap api neraka, matahari sujud di bawah arash, minum air kencing unta, nabi disihir, nabi Musa menampar malaikat maut, pengaruh al-‘ain, solat di kandang kambing dan kandang unta, Sungai Nil dan Sungai Furat dari syurga, syaitan bergerak dalam aliran darah manusia, tanduk syaitan, Nabi Ibrahim berdusta, ramai wanita penghuni neraka dan kesialan pada wanita, rumah dan kuda.

------------------------------------------------

Kaedah Tepat Memahami Hadis

Author: Faisal Ahmad Shah

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-842-3

Year: 2017

Weight: 0.420kg

Pages: 320 pp

Price: RM64

Buku Kaedah Tepat Memahami Hadis merupakan sebuah karya yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah tepat dalam memahami hadis-hadis nabi SAW. Munculnya aliran-aliran pemikiran moden seperti Orientalis, antihadis dan liberal di samping tersebarnya pemikiran terdahulu seperti Syiah, Khawarij dan Muktazilah menjadikan karya ini penting untuk diteliti dan dipelajari. Penolakan hadis sahih oleh golongan ini adalah berpunca antaranya berpada dengan satu hadis sahaja tanpa melihat kepada riwayat lain, berpegang dengan zahir nas tanpa melihat kepada maqasidnya, mentakwil hadis dengan takwilan yang fasid, tidak melihat kepada sabab wurud hadith, menggunakan logik akal semata-mata, menolak hadis kerana bertentangan dengan fakta sains dan sebagainya.

Buku ini mengandungi empat bab utama yang antaranya memfokuskan kepada kepentingan fiqh al-hadith, metode nabi, para sahabat, tabiin dan ulama hadis dalam fiqh al-hadith. Perbincangan seterusnya tertumpu kepada metode para ulama hadis dalam menilai sanad dan matan hadis. Bab yang penting dalam buku ini ialah perbincangan mengenai 20 kaedah tepat dalam memahami hadis berserta contoh bagi memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini diakhiri dengan pendedahan pemikiran aliran-aliran menyeleweng dan kefahaman mereka terhadap hadis-hadis nabi. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat Islam dalam memahami hadis-hadis nabi SAW seterusnya menolak tohmahan dan penyelewengan terhadap kandungan hadis-hadis nabi SAW.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US