Prinsip Pemerintahan dan Kerajaan dalam Islam

RM25.00
9789674128838
In stock
+
Prinsip Pemerintahan dan Kerajaan dalam Islam 

Origin: Principles of State and Government in Islam 
Author: Muhammad Asad 
Translator: Ahmad Yunus Mohd Nor & Ahmad Nabil Amir 
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789674128838 
Pages: 116 
Year: 2019 
Weight: 0.182kg 
Price: RM25 

Buku ini merupakan karya terjemahan dari karya awal Muhammad Asad The Principles al State and Government in Islam yang mengetengahkan pandangan dan falsafah dasar tentang kerangka dan prinsip asas negara Islam. Buku ini menggarap dan meninjau kemungkonan ideal yang diilhamkan oleh Muhammad Asad ini dapat direalisasikan dalam era kontemporari. la menjelaskan premis intelek bagi masa depan negara Islam yang digagaskan beserta huraian konsep dan ideologi Islam dalam konteks kenegaraan dan masyarakat majmuk serta membina semula kehidupan umat mengikut kerangka pemikinin Islam. Dalam karya terjemahan ini, penterjemah mendapati Muhammad Asad membahaskan persoalan-persoalan termonologi politik dalam Islam, dasar-dasar permuafakatan dan musyawarah dalam pentadbiran kerajaan, sumber-sumber kedaulatan negara, prinsip-prinsip ikthilaf (perbezaan pendapat). serta hubungan antara eksekutif dan legislatif ldalam urus tadbir kedaulatan negara.

Jika ditelusuri dari aspek historiografi, idea Muhammad Asad selari dengan zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, namun bentuk negara dan kerajaan yang wujud di negara-negara Islam selepas itu telah kucar-kacir bertitik tolak dari penyimpangun ideologi dan kerangka undang-undang Islam yang tersasar. Muhammad Asad menggagaskan pendekatan shariah bagi merungkai ketegangan sosiopolitik dan pelbagai aliran politik kepartian yang rencam. Kaedah pentafsiran yang ideal terhadap hukum-hakam dan idea implementasi shariah berakar dari asas-asas nas dan qata'i dari sumber rujukan ilahi iaitu al-Qur'an dan hadis. Buku ini menjadi keperluan bagi penuntut ilmu, politikus, ahli akademik dan masyarakat awam bagi membentuk pemahaman yang komprehensif terhadap prinsip pemerintahan dan kerajaan dalam Islam.

AHMAD YUNUS MOHD NOOR, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Akidah & Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsan Malaysia. Beliau memperoleh ijazah M.A. (IImu Wahyu dan Warisan Islam) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan PhD dari University of Durham, United Kingdom. Beliau mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang yang berkaitan dengan tafsir dan hadith, pendidikan khas sena pemiikiran Islam. AHMAD NABIL AMIR, PhD, memperoleh ijazah M.A. (Ilmu Wahyu dan Warisan Islam) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM ) dan PhD dari Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin. Beliau telah menulis dengan meluas tentang pemikiran politik kaum revivalis. Beliau meneruskan kajian pasca doktoral di Kulliyyah of Engineering, UIAM (2011-2012) dan menyelidik tentang pemikiran Muhammad Abduh.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US