​Nilai Hadis dalam Durrat al-Nasihin

RM80.00
9789674120269
In stock
+

Nilai Hadis dalam Durrat al-Nasihin

Author: Ahmad Lutfi Fadlullah, Jawiah Dakir, Mazlan Ibrahim

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674120269

Pages: 736pp

Year: 2013

Weight:

Price: RM80

Umat Islam diwajibkan berpegang dan berhujah dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Dalam masyarakat Melayu, terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan yang mengandungi hadis yang tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara berhubung dengan agama. Oleh sebab itu, mengkaji dan menyebarkan hasil kajian terhadap penilaian hadis dalam kitab-kitab yang tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu menjadi amat penting, bagi mengelakkan mereka terus berpegang dengan hadis yang tidak dikenal pasti tarafnya, terutama hadis palsu. Salah sebuah kitab yang telah dikaji ialah kitab Durrat al-Naşihin. Kitab ini adalah salah satu kitab yang masyhur, terutama kepada mereka yang ada hubungan dengan ilmu tasawuf.

Kitab ini sebenarnya termasuk kitab tasawuf/nasihat. Dengan meluasnya pengguna/pembacanya, kitab ini pun mulai diterjemahkan ke beberapa bahasa antara lain seperti bahasa Turki, Urdu dan Indonesia. Kitab ini tergolong dalam kitab kuning yang amat masyhur di Indonesia dan kerap dibaca di masjid, surau, sekolah dan pondok pesantren selain didapati banyak digunakan dan dirujuk oleh masyarakat di Malaysia. Dalam kitab ini, terdapat lebih daripada 800 buah hadis, yang mana hadis tersebut tidak dijelaskan tentang tarafnya sama ada sahih atau sebaliknya. Buku ini diterbitkan sebagai usaha untuk mendedahkan taraf dan kekuatan hadis dalam kitab tersebut dari segi şahih, hasan atau dail dan sebagainya. Selain itu, kitab ini banyak mengandung hadis yang gharib yang mempunyai ciri-ciri hadis palsu. Penerbitan buku ini diharap dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para pembaca untuk menapis hadis yang boleh dijadikan hujah dan sebaliknya.



1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US